Artikel

Hamka: Ulama Sang Pujangga

oleh Asri Yussof pada 17 Aug 2016

HAMKA atau nama sebenarnya Abdul Malik Karim Amrullah (Prof.) adalah ulama yang bukan sahaja mampu bergiat dalam bidang keagamaan, falsafah dan politik sahaja. Malah kesusasteraan juga, inilah yang menjadikan beliau sedikit berbeza.

Dr. Azhar Ibrahim, dari Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS) memberitahu,

“Kalau kita perhatikan sumbangan orang santri dalam dunia kesusasteraan itu kadang-kadang ada dan selalu tiada. Itulah ironisnya, tapi Buya HAMKA membuka tirai sejarah, panggung sejarah yang luar biasa, orang santri yang menulis dengan tekun sekali diwaktu remajanya.”

Tambah beliau lagi,

“Ada ulama yang berdegas untuk terus berfalsafah, ada ulama yang terus bertegas untuk memberi fatwa. Tapi ada ulama seperti HAMKA satu contoh dalam sejarah, yang masuk bukan saja dalam sfera politik, bukan saja dalam sfera pergerakan, bukan saja dalam tafsir, tetapi dalam kesusasteraan.”

Novel fenomenal beliau, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang ditulis 78 tahun yang lalu masih lagi menjadi pilihan pembaca sehingga ke hari ini. Malah, sehingga diterjemahkan menjadi filem dan teater.

Hamka melalui novel ini telah mengkritik adat di Minangkabau pada ketika itu yang menjadikan darjat dan keturunan sebagai perkara yang besar sehingga memutuskan hubungan antara dua jiwa, digambarkan melalui watak Zainuddin dan Hayati.

Karya-karya beliau merangkumi banyak hal, malah tak kurang juga memberikan kritikan sosial yang tajam. Contohnya, dalam novel Tuan Direktur yang diterbitkan pada tahun 1939 memberikan kritikan yang kuat kepada kapitalisme yang menindas golongan lemah dan miskin semata untuk merampas tanah bagi dibangunkan kilang-kilang.

Malah, tafsirnya, Tafsir Al-Azhar adalah tafsir yang begitu dekat dengan masyarakat kerana ia ditulis pada era 20’an. Tafsir yang ditulis para era yang sudah memunculkan pelbagai teknologi pada ketika itu.

Beliau adalah ulama Melayu pertama yang berjaya menulis sebuah tafsir al-Quran yang lengkap 30 juzuk.

Baca, Hamka memberitahu Pintu Ijtihad belum tertutup di dalam Islam

Baca, Saya berubah 180 darjah selepas mengenal Hamka

Lagi karya-karya Hamka

PTS adalah satu-satunya penerbit di Malaysia yang memegang hak penerbitan tunggal untuk karya-karya Hamka. Sehingga kini, PTS telah menerbitkan 11 karya Hamka, dengan sebuah darinya telah diterbitkan menjadi 3 versi.

Ini menjadikan kesemuanya berjumlah 13 buah;

  1. Tafsir Al-Azhar (Jilid 1)

  2. Sejarah Umat Islam

  3. Ayahku

  4. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

  5. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Edisi Premium)

  6. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Edisi Puteh Press)

  7. Tuan Direktur

  8. Merantau ke Deli

  9. Di Bawah Lindungan Ka’abah

  10. Falsafah Moden

  11. Lembaga Hidup

  12. Lembaga Budi

  13. Tasawuf Moden

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024