Artikel

Taj Mahal Dibina Oleh Shah Jahan?

oleh Asri Yussof pada 04 Jan 2017

Taj Mahal dikatakan dalam banyak sejarah telah dibina oleh Shah Jahan sebagai makam isterinya Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anak yang ke-14 iaitu pada 17 Jun 1631. Shah Jahan adalah seorang yang beragama Islam.

Gelaran Mumtaz Mahal (atau nama sebenar beliau,  Arjumand Banu Begum) bermaksud “hiasan kesayangan di istana” diberikan oleh Shah Jahan. Beliau adalah isteri ketiga.

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India. Taj Mahal adalah contoh terbaik Senibina Mughal Awal dengan menggabungkan senibina Parsi, Turki dan India.

taj mahal

Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yang merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.

Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi.

Shah Jahan pada waktu itu adalah pemerintah kerajaan Mughal yang kelima bermula 1628 hingga 1658. Beliau berkahwin dengan Mumtaz pada tahun 1607, beliau adalah cucu kepada seorang bangsawan Parsi yang berusia 14 tahun pada ketika itu.

mumtaz, shah jahan

(kredit gambar, https://rajivawijesinha.wordpress.com)

Zaman pemerintahan beliau adalah zaman kerajaan Mughal begitu rancak membangunkan bangunan-bangunan yang indah. Mughal mempunyai tukang yang mahir dari dalam negara dan juga dari luar. 

Selain pembinaan agung Taj Mahal, beliau jugalah yang membina Tembok Merah (Qila Mubarak), Masjid Mutiara,  istana-istana, masjid di Delhi dan Lahore serta bangunan-bangunan di dalam tembok Lahore (sekarang Pakistan).

Masjid lahore

(Masjid Badshahi di Lahore. Tinggalan Shah Jahan dengan seni bina Mughal lama)

Pembinaan Taj Mahal ini dikatakan dibina oleh 20,000 tukang dan pekerja.

Kisah arkitek dipancung dan pekerja di potong tangan masih lagi menjadi misteri dan berlegar-legar dalam bentuk yang tidak berfakta.

Pada 2000-2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal adalah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak meminta agar tapak Taj Mahal dilakukan kerja-kerja arkeologi. Mahkamah Agung India menolak petisyen P. N. Oak.

taj mahal

Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen yang sama ke Mahkamah Tinggi Allahabad, India (akhirnya ditolak juga). Beliau mendakwa Raja Hindu bernama King Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masihi.

Mereka mendakwa Taj Mahal berasal dari istilah ‘Tejo-Mahalaya’ iaitu nama lain bagi dewa Shiva.

Untuk membaca mengenai Taj Mahal, kami mencadangkan anda membaca novel terbaru dari Abdul Latip Talib, ‘Shah Jahan: Pembina Taj Mahal’ yang baru sahaja diterbitkan pada Januari 2017.

Klik di sini untuk membeli buku

buku shah jahan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024