Artikel

Perbezaan Psikologi: Why Men Can Only Do One Thing At A Time And Women Never Stop Talking

oleh Asri Yussof pada 22 Feb 2016

Apa yang membezakan antara lelaki dan wanita bukanlah sekadar perbezaan gender semata. Dalam pengajian psikologi, banyak perkara-perkara kecil yang sering diperhatikan oleh pakar kajian psikologi dalam kehidupan seharian lelaki dan perempuan sering berbeza.

Cara pandang, cara fikir dan cara mereka meluahkan juga sering berbeza.Buku ini banyak menyentuh (baca: mengkaji) tentang perkara-perkara kecil dalam kehidupan seharian kita.

Mengapa lelaki susah mencari barang dan cara parkir kereta antara perkara- perkara kecil yang barangkali tidak diperhatikan oleh kita, tetapi perkara ini menjadi bahan kajian para pengamal psikologi.

Dalam pengenalan buku ini, penulis berkongsi suatu situasi yang sering kita (lelaki dan perempuan) lakukan, malah seringkali kita tidak perasan yang kita lakukan itu sebenarnya berada di luar kawalan kita (baca: perkara yang tidak boleh kita selalu kawalnya)

Orang lelaki suka menguasai alat kawalan jauh atau remote control TV dan menukar-nukar siaran. Sebaliknya, orang perempuan tidak kisah menonton iklan yang disiarkan. Apabila berasa tertekan, orang lelaki lebih cenderung mengambil minuman keras ataupun menceroboh negara lain. Manakala orang perempuan pula suka mengambil coklat dan pergi membeli-belah.

Mungkin ada yang tidak bersetuju, katanya lelaki yang tidak suka menguasai alat kawalan jauh, tidak menjadikan minuman keras sebagai penawar, bukan semua perempuan suka shopping.

Namun, perkara ini tidak boleh kita tolak mentah-mentah kerana perkara ini tidak ditulis kosong tanpa ada sokongan kajian.

Kita sebagai pembaca perlu untuk mencuba dengan akal fikir sendiri yang sihat untuk menghubungkan fahaman psikologi dengan fahaman agama Islam (untuk umat Islam sahaja) dengan baik supaya kita tidak menolak mudah hujah yang disampaikan oleh penulis.

Kajian ilmiah berkenaan psikologi dalam sudut pandang Islam telah diusahakan melalui, Psychology From The Islamic Perspective yang ditulis oleh sarjana Islam, Dr. Aisha Utz, Profesor Psikologi Klinikal, Universiti Sains Kesihatan King Saud bin Abdulaziz, Arab Saudi.

Jadi tidak perlu kita susah-susah menghabiskan masa dengan bergaduh tentang persoalan ini psikologi Islam atau tidak.

Why Men Can Only Do One Thing At a Time, And Women Never Stop Talking boleh diletakkan dalam kajian psikologi yang terkait dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi,hubungan peribadi, keupayaan dan patologi. Ia merupakan sebuah ilmu yang luas tentang perilaku manusia.

Selamat membaca.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024