Artikel

Ibu, Kenapa Nama Saya Hafiz?

oleh Nurul Amirah pada 25 May 2017

Suatu hari, seorang anak kecil bertanya pada ibunya, “Ibu, ibu. Kenapa nama abang, Hafiz? Kenapa nama adik-adik pun ada Hafiz? ”

Soalan anak kecil itu disambut dengan senyuman yang paling manis. Diusapnya ubun-ubun anaknya yang sulung sambil berkata, “Abang, ayah namakan semua anak-anaknya dengan nama Hafiz. Mudah-mudahan, anak-anak ibu dan ayah semua ini dapat menjadi seorang ‘Hafiz’. Panggilan untuk orang-orang yang menghafal Al Quran.”

budak tahfiz

kredit foto: www.kosmo.com.my

Begitulah hasrat setiap ibu dan bapa kepada anak-anak mereka. Sentiasa inginkan yang terbaik. Sayang mereka bukan sahaja di dunia, jauh hingga ke akhirat sana. Ini situasi pertama.

Situasi kedua adalah ibu bapa yang melihat sekolah tahfiz sebagai penyelamat bagi mereka. Bagi ibu bapa yang mendapati anak mereka bermasalah samada masalah sikap atau lemah dalam akademik, mereka merasakan sekolah tahfiz adalah pilihan yang terbaik. Mereka menganggap dengan menghantar anak ke sekolah tahfiz dapat mengubah kenakalan anak mereka agar menjadi ‘orang’.

serban

kredit foto: islamiceducation.my

Situasi ketiga adalah situasi terakhir yang jarang kita jumpa di mana ibu bapa yang memiliki anak yang mahu menjadi seorang hafiz atas kehendak anak itu sendiri. Maka beruntunglah ibu bapa tersebut. Pasti kesedaran ini lahir dari didikan ibu bapa atau sesuatu yang menjadi inspirasi bagi insan pilihan ini.

Tiga situasi ini sebenarnya hadir dengan matlamat yang sama iaitu menjadi seorang ‘hafiz’.

Begitu juga dengan kisah seorang pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, yang menjadi viral selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz di Johor. Seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan adik Thaqif namun Allah lebih mencintainya.

Pemergiannya ditangisi, dan catatan terakhirnya menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Impiannya ingin menjadi seorang hafiz. Ternyata, walaupun hasrat belum terlaksana, keisitimewaan beliau di sisi Allah terbukti dengan jenazah yang masih elok ketika digali semula bagi tujuan siasatan.

komik misi budak tahfiz

Klik di sini untuk membeli komik Misi Budak Tahfiz dengan harga menarik!

MENARIK: Kandungan Komik Yang Bagus Mampu Bertahan di Pasaran

MENARIK: Anda mungkin rasa Komik Ini biasa, Tapi bagi saya, Sentap habis

Komik ini menyimpan jawapan bagi semua kisah di atas. Komik Misi Budak Tahfiz mengangkat isu ini dengan cara yang sangat santai. Konflik dalaman seorang pelajar tahfiz telah membuatkan beliau sedar bahawa tahfiz bukanlah tempat ‘pelupusan sampah’ tetapi adalah tempat untuk menarik mereka ke syurga!

Turut dimuatkan adab semasa membaca dan menghafal Al Quran serta kaedah bagaimana pelajar tahfiz menghafal Al Quran. Di samping itu, terdapat satu hadis yang membuat kita tersentap, sabda Rasulullah,

“Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu melebihi sinaran cahaya matahari.”

Ini antara fadhilat yang dijanjikan Allah bagi mereka yang menghafal Al Quran.

2 hari lagi seluruh umat Islam akan menikmati kehadiran bulan di mana Al quran diturunkan. Sambutlah Ramadhan kali ini dengan menjadikan Al Quran sebagai ‘smart phone’ kalian! #KitaBersaudara

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024