3 Langkah Mudah Untuk Menang iPad Mini


Langkah #1

Beli buku PTS dengan nilai RM150 atau 3 keping BB1M.

Langkah #2

Upload gambar anda bersama buku PTS dengan cara paling kreatif.

Langkah #3

Masukkan hashtag #bukupts (Facebook, Twitter, Instagram).

*Pastikan share setting untuk post ini adalah PUBLIC.


Hadiah Utama:

x1 iPad Mini setiap bulan


Hadiah Saguhati

x3 buku bernilai RM50 setiap bulan

Terma & Syarat


1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar mereka bersama buku PTS dengan cara yang paling kreatif, namun layak menerima SATU hadiah sahaja SETIAP bulan.

2. Untuk menuntut hadiah, pemenang perlu mengemukakan resit pembelian buku PTS yang bernilai RM150 atau 3 keping BB1M dan ke atas dalam satu resit. Resit mestilah bertarikh antara 1 Februari 2014 hingga 31 Julai 2014. Pembelian buku PTS boleh dibuat di mana-mana kedai buku, asalkan mereka menerima BB1M dan mengeluarkan resit pembelian.

3. Tempoh kempen ini bermula dari 1 Februari 2014 - 31 Julai 2014. Penyertaan dikira bermula dari tarikh gambar diupload, bukan dari tarikh resit pembelian.

  • 1 Februari 2014 – 28 Februari 2014: Tempoh pemilihan pemenang bulan Februari
  • 1 Mac 2014 – 31 Mac 2014: Tempoh pemilihan pemenang bulan Mac
  • 1 April 2014 – 30 April 2014: Tempoh pemilihan pemenang bulan April
  • 1 Mei 2014 – 31 Mei 2014: Tempoh pemilihan pemenang bulan Mei
  • 1 Jun 2014 – 31 Jun 2014: Tempoh pemilihan pemenang bulan Jun
  • 1 Julai 2014 – 31 Julai 2014: Tempoh pemilihan pemenang bulan Julai

4. Kempen ini terbuka kepada semua pembeli buku PTS dan pemilik Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

5. Kempen Tebus BB1M dan Menang iPad Mini ini dianjurkan secara eksklusif oleh PTS Media Group Sdn. Bhd.

6. PTS Media Group berhak mengubah dan menggantikan hadiah dengan hadiah yang sama nilainya tanpa sebarang notis.

7. Semua hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau dalam bentuk lain sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

8. Keputusan oleh pihak PTS Media Group adalah muktamad.

FAQ


1. Saya tidak menerima BB1M, bolehkah saya menyertai peraduan ini?

Ya, boleh. Anda hanya perlu membeli buku PTS secara tunai dengan nilai RM150 dan ke atas.


2. Bolehkah saya membeli buku PTS ini di mana-mana kedai yang menjual buku PTS?

Ya, boleh. Anda boleh membeli buku PTS di mana-mana kedai buku sekalipun, asalkan mereka menerima BB1M dan mengeluarkan resit pembelian.


3. Saya sudah menyertai peraduan ini bulan Februari, tetapi tidak menang? Bolehkah saya menyertai lagi peraduan ini pada bulan Mac?

Ya, boleh. Untuk meningkatkan peluang untuk menang, boleh hantar gambar anda bersama buku PTS dengan cara yang lebih kreatif. Resit pada bulan Februari masih boleh digunakan untuk penyertaan bulan Mac.


4. Untuk buku PTS, bolehkah saya bergambar dengan buku-buku PTS yang lain, bukan hanya dengan buku-buku PTS yang baru saya beli?

Ya, boleh. Anda boleh bergambar dengan mana-mana buku PTS yang ada ataupun yang sudah dibeli sebelum ini. Yang penting, gambar perlu kreatif. Resit pembelian dalam tempoh antara 1 Februari 2014 hingga 31 Julai 2014 hanya sebagai syarat untuk menyertai peraduan ini.


5. Bolehkah saya bergambar dengan satu buku PTS sahaja?

Ya, boleh. Anda boleh bergambar dengan satu ataupun banyak buku PTS. Yang penting, gambar perlu kreatif. Resit pembelian dalam tempoh antara 1 Februari 2014 hingga 31 Julai 2014 hanya sebagai syarat untuk menyertai peraduan ini.


6. Saya beli buku pada bulan Februari, tetapi baru upload gambar penyertaan pada bulan Mac. Bolehkah saya buat begitu?

Ya, boleh. Resit pada bulan Februari masih boleh digunakan untuk penyertaan bulan Mac. Resit pada bulan Februari juga masih boleh digunakan untuk penyertaan bulan Julai. Namun, hanya satu resit sahaja yang akan diterima untuk memenangi satu hadiah. Resit yang sudah digunakan untuk menuntut mana-mana hadiah sudah tidak boleh digunakan lagi.