Artikel

105th MPH Anniversary Bookfair@ Alamanda Membuka Tirai

oleh Roziyah pada 28 Dec 2011

Pesta Buku MPH di Alamanda, Putrajaya hari ini membuka tirainya bagi meraikan ulangtahun sambutan 105 tahun pembukaan MPH.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh MPH dengan kerjasama penerbit-penerbit di seluruh Malaysia.

PTS selaku penerbit berbahasa Melayu nombor 1 di Malaysia juga tidak melepaskan peluang mengambil tempat di MPH Anniversary Bookfair@ Alamanda ini.

Melalui pesta buku MPH yang julung kali diadakan ini, PTS membawakan pelbagai buku menarik dan terkini khas buat peminat buku PTS di sekitar Putrajaya.

Selain itu, PTS juga membawakan barisan penulis hebat PTS bagi bertemu dan beramah mesra dengan peminat-peminat di Alamada, Putrajaya.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan bermula hujung minggu ini.

Bermula 30 Disember ini, PTS membawakan penulis buku komik Dear Yayah, Farihah Iskandar dan Ard One bagi bertemu dengan peminat di Alamand, Putrajaya. Hadiah menarik disediakan bagi pengunjung yang hadir.

Pada 31 Disember 2011 pula, PTS membawakan penulis buku Puteri Damia dan serta 4 Puteri bagi bertemu dengan peminat buku puteri terbitan PTS. Anak-anak juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh puteri-puteri PTS.

Lebih menarik, pada 1 Januari 2011 ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan chef selebriti PTS, Chef Hussin yang semakin meningkat naik namanya dalam rancangan Spice Route di TV3. Sertai dan rasai masakan beliau dalam demo masakan bersama Chef Hussin di Alamanda, Putrajaya pada 1 Januari ini.

Akhir sekali, pada 2 Januari, PTS membawakan penulis buku masakan buah-buahan, Chef Noraini bagi bertemu dengan pengunjung di sekitar Alamanda, Putrajaya.

Selain bertemu dengan penulis-penulis hebat ini, pengunjung juga berpeluang mendapatkan hadiah istimewa daripada PTS khas di pesta buku Alamanda, Putrajaya ini.

Sertai kami dalam kemeriahan sambutan 105th Alamanda dan dapatkan buku terkini serta panas di pasaran.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024