3 Aktiviti Ini Wajib Anda Lakukan di Langkawi

oleh Asri Yussof pada 15 May 2017

Sebut sahaja Langkawi, kita akan terbayangkan pemandangan laut yang cantik, gunung ganang dan bukit bukau. Langkawi disebutkan juga sebagai ‘Permata Kedah’. Kalau anda ke Pantai Cenang, ada terpampang besar tertulis “Langkawi Permata Kedah”.

langkawi permata kdah

Langkawi sering dikaitkan namanya dari Langkasuka. Ada beberapa sumber sejarah yang mengesahkannya seperti satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M). Hal ini ada benarnya. Kita tidak boleh menolak bahawa dahulu ada satu dinasti yang digelar Langkasuka. Malah Kedah sendiri pernah mempunyai kerajaan paling tua iaitu pada Era Kedah Tua.

Nama Langkawi yang berasal dari dua sebutan iaitu ‘Helang’ dan ‘Kawi’ juga boleh diterima. Kedah sebenarnya sebuah negeri yang kaya sejarah dan kaya sumber alam. Boleh dikatakan, jika mahu mendekati alam (nature look) anda perlu memilih Kedah sebagai destinasinya.

Malah sejarah Raja Bersiong juga dikaitkan dengan Kedah. Anda boleh membaca sejarah Raja Bersiong di dalam buku ini. Buku ini baru sahaja diterbitkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 baru-baru ini.

Raja bersiong

Baiklah, kita letak tepi dulu pasal sejarah, jom kita lihat apakah 3 aktiviti yang wajib anda buat bila sampai di Langkawi.

1. Cable Car

Pemandangan Langkawi dan Laut Andaman dari puncak Gunung Mat Chincang sangatlah mempesonakan. Seperti anda berada pada alam lain yang berbeza. Untuk sampai di puncak anda hanya boleh menaiki Cable Car dengan harga RM40 untuk rakyat Malaysia dewasa.

cable car

Harga ini termasuk sekali dalam pakej lawatan ke Muzium 3D, Sky Trex dan Sky Dome. Dari bandar Kuah Langkawi untuk sampai ke Cable Car, ia mengambil masa lebih kurang 30 minit.

2. Magrove Tour

kilim geopark

Magrove Tour adalah lawatan yang membelah laut dan melalui beberapa pulau untuk merasai dan melihat keindahan alam yang masih terjaga. Ia dipanggil Kilim Geoforest Park. Ia akan melalui Pulau Dangli, Hutan Paya Bakau, Gua Kelawar, Ladang Ikan, Kilim Geopark, Kawasan Helang dan menyusuri gua buaya.

3. Island Hoping

Kepada yang minat snorkling atau scuba, Langkawi adalah antara tempat pilihan antara yang terbaik, selain dari Pulau Perhentian di Terengganu dan Beberapa Pulau di Sabah. Anda patut untuk mencubanya sekali jika tidak pernah membuat Island hoping.

scuba

Masih banyak aktiviti yang boleh anda buat di Langkawi yang ‘sunat-sunat’, tapi 3 aktiviti ini adalah aktiviti wajib yang anda patut buat bila sampai di Langkawi.