5 Buku Dr Yusuf Al-Qaradhawi Yang Patut Ada Dalam Setiap Rumah (Bhg 2)

oleh Wan Nor Ashikin pada 12 Oct 2017

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ialah tokoh agama, intelektual terkemuka Islam dan ulama yang sangat terkenal di dunia yang berasal dari Mesir. Karya-karyanya banyak menjadi rujukan ulama’ di seluruh dunia kerana reputasi ilmiahnya mampu memecahkan persoalan umat islam sesuai dengan petunjuk Al-Quran dan hadith.

Tidak seperti ulama kontemporari yang lain, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mempunyai ciri-ciri yang tersendiri sesuai dengan buku yang ditulis oleh beliau. Penggunaan bahasa yang digunakannya, analisisnya yang terperinci tetapi mudah difahami, dan gambaran panjang serta komprehensif inilah yang menjadikan beliau sentiasa dihormati oleh sesiapa sahaja.

Di sini, kami senaraikan 5 buah lagi buku beliau yang masih menjadi rujukan seluruh dunia.

1. Fatwa Untuk Wanita

Fatwa Untuk Wanita

Fatwa Untuk Wanita yang diterbitkan pada 27 November 2013 ini merupakan terjemahan daripada  buku yang ditulis oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dengan dimuatkan himpunan beberapa fatwa yang menjawab persoalan penting berkenaan wanita.

MENARIK: Lihat Apa yang Rasulullah Sebutkan Kepada Wanita

MENARIK: Fatwa Untuk Wanita Menjawab Persoalan Ummah

Antara persoalan yang akan dijawab di dalam buku ini seperti hukum lelaki memberi salam kepada wanita, hukum dan syarat sekiranya wanita bekerja di luar rumah dan hukum wanita melihat lelaki dan sebaliknya. Dengan berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah, fatwa ini dikeluarkan bagi menjaga maqasid syariah demi kemaslahatan ummah.

2. Fatwa Palestin

Fatwa Untuk Palestin

Isu Palestin, walaupun jauh daripada faktor lokasi, tetapi sangat hampir di hati kita sebagai umat Islam. Bumi Israk Mikraj ini dirampas oleh Yahudi laknatullah. Mereka dengan sewenang-wenangnya menyakiti, membunuh, dan mengebom saudara Islam kita di sana. Tidak cukup dengan itu, rakyat Palestin menjadi pelarian di bumi sendiri.

MENARIK: Adakah Perbuatan Kumpulan ISIS Dikira Sebagai Jihad?

Baca Juga: Mungkinkah 'Naba' Ketiga Bakl Berlaku?

Melalui buku Fatwa Palestin, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan serta hukum berkaitan isu-isu yang berlaku di bumi Palestin, berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith. Buku ini membincangkan persoalan dan menjelaskan isu seperti hukum membocorkan rahsia, hukum wanita membuka aurat dalam keadaan terpaksa, dan adakah wanita boleh melibatkan diri dalam peperangan?

Kita mungkin tidak luka berdarah kerana bertempur di medan jihad. Namun, jangan biarkan kita dangkal fiqh dan sejarah tanpa sebarang ijtihad.

3. Wanita-Wanita Syurga

Wanita-Wanita Syurga

Buku Wanita-Wanita Syurga ini adalah karya terjemahan dimana pada asalnya buku ini ditulis dalam Bahasa Arab oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Buku ini mengandungi 5 kisah tokoh-tokoh wanita Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. yang berpengaruh besar dalam perkembangan Islam.

Apabila kita membaca satu persatu kisah hidup yang mereka lalui, dan pengorbanan serta sumbangan mereka kepada Islam, terasa sangat kerdil kita ini yang ingin mengaku wanita Islam untuk dibandingkan dengan mereka.

Karnival Buku Keningau

Semoga dengan membaca buku ini, kita bukan sahaja dapat mempelajari peranan wanita pada zaman Rasulullah s.a.w, tetapi apa yang lebih penting ialah semoga dengan izin Allah kita dapat mencedok semangat  tokoh-tokoh wanita ini, menyedari peranan dan peluang besar yang kita ada sebenarnya tidak kurang hebatnya, dan seterusnya membaiki diri ke arah menjadi hamba yang diredhai Allah seperti mereka.

4. Mukjizat Sabar Dalam Al-Quran

Mukjizat Sabar Dalam Al-Quran

Memahami pengertian sabar yang sebenar menjadikan kehidupan kita lebih bahagia dan diredhai Allah. Tiada keluh-kesah dan rasa gelisah bagi orang yang sabar. Hatinya tenang dengan mengingati Allah.

Klik di sini untuk lihat lebih banyak lagi buku-buku dari Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Buku “Mukjizat Sabar Dalam Al-Quran” ini akan mengupas pelbagai persoalan tentang sabar daripada perspektif yang berbeza. Kita akan memahami hakikat sabar menghadapi ujian, sabar mentaati Allah, sabar dalam peperangan, dan pelbagai jenis sabar dalam pelbagai situasi tertentu. Buku ini dikayakan dengan perbahasan tentang sabar yang sebenar berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan para ulama yang lain.

MYCYBERSALE

Klik di sini untuk mendapatkan buku-buku sempena #MYCYBERSALE

Pelbagai persoalan tentang sabar dihuraikan secara terperinci oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi berdasarkan kekuatan ilmu, pengalaman, serta kefahaman beliau dalam soal agama. Pastinya buku ini menjadi satu kemestian untuk dibaca oleh umat Islam yang sentiasa tertekan dan gelisah dengan pelbagai cabaran di dunia ini.

5. Masa Dalam Kehidupan

Masa Dalam Kehidupan - Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Ramai manusia yang tidak tahu, yang sebenarnya MASA ITU LEBIH DARIPADA EMAS. Manusia di mana pun, baik mereka yang lebih dulu hadir ke dunia mahu pun yang akan datang kemudian, tidak pernah terlepas dari penyakit lalai (alpa). Sesuai dengan itu, Dr. Yusuf Al-Qhardawi telah membincangkan perihal waktu melalui tulisannya dalam kitab yang bertajuk “Masa Dalam Kehidupan”.

Pesta Lelong Buku

Kitab yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu dan diterbitkan oleh PTS Publishing House pada 10 Jun 2013 ini dimuatkan dengan 2 bahagian yang mengandungi 23 bab menarik secara keseluruhannya. Antara tajuk yang dibincangkan di dalam buku berhalaman sebanyak 160 muka surat ini ialah tanggungjawab Muslim terhadap masa, bagaimana manusia memanjangkan umurnya, dan cara hidup harian seorang Muslim.