5 Buku Rujukan Agama Rentas Zaman

oleh Syazana Syamsul pada 17 Oct 2017

Sesetengah buku hanya mampu hidup dan bertahan pada musim ataupun trend tertentu yang sedang popular. Buku yang penuh ilmu yang tinggi tidak akan lapuk dek zaman, tidak akan tenggelam dek kemodenan namun tetap akan terus segar menjadi rujukan seantero alam. Di sini, kami senaraikan 5 buah buku yang masih menjadi rujukan seluruh dunia.

1. Bahtera Penyelamat

Bahtera Penyelamat

Kitab Safinatun Najah merupakan sebuah kitab ringkas mengenai dasar-dasar ilmu fiqh menurut mazhab Syafi'i. Kitab ini ditulis oleh Salim bin Sumair al-Hadhrami seorang ulamak yang berasal daripada Yaman. Kitab ini diterjemah dan kemudiannya disyarahkan oleh Dr Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wliayah Persekutuan.  

Seiring dengan kesedaran agama sosial semasa, buku ini secara langsung membincangkan kesimpulan hukum fiqh dengan bahasa yang mudah dihadam dan difahami. Oleh itu, buku ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuklah mereka yang baru ingin mengenali Islam.

Klik di sini untuk mendapatkan kitab ini.

Kandungan buku merangkumi panduan lengkap dan kukuh, dimulai dengan bab dasar-dasar akidah, taharah (bersuci), diikuti pula pelbagai penerangan berkaitan solat, pengurusan jenazah, dan zakat.

2. Adab Berdamping Dengan Al-Quran

Adab Berdamping Dengan Al-Quran

Membaca dan mengamalkan pengisian yang terkandung dalam Al-Quran sememangnya akan diganjarkan dengan ganjaran selayaknya. Namun daripada perkara kecil seperti tidur, punya adab tertibnya, begitu juga ada ketetapan dan adab apabila berdamping dengan Al-Quran.

Imam An-Nawawi seorang tokoh muslim yang tidak asing lagi, menulis kitab asalnya yang bertajuk ‘التبيان في آداب حملة القرآن’. Buku terjemahannya membawa pengisian yang ringkas dan padat sangat sesuai untuk dijadikan rujukan tentang adab dalam urusan kita dengan Al-Quran.

Klik disini untuk mendapatkan buku Adab Berdamping Dengan Al-Quran

Buku ini mengandungi sepuluh bab. Antara bab yang dibincangkan termasuklah tentang kelebihan membaca Al-Quran dan para pendamping Al-Quran, adab mengajar dan mempelajari Al-Quran serta ayat dan surah-surah yang digalakkan untuk dibaca pada waktu tertentu.

3. Paksi 40 Imam Nawawi

Paksi 40 imam Nawawi

Imam  Al-Imam Yahya Ibn Syaraf An-Nawawi atau lebih dikenali dengan nama Imam Al-Nawawi mengarang kitab asal Arbain Nawawi yang diterbitkan sekitar tahun 670 Hijrah.  Kitab ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu versi tulisan Jawi dengan judul ‘Paksi 40 Imam Nawawi’

Imam Nawawi yang merupakan pemikir muslim dalam bidang fiqh dan hadis menghimpun dan menyusun 42 hadis dalam buku ini. Kitab ini disebut sebagai himpunan 40 hadis kerana telah dibundarkan bilangannya.

Klik di sini untuk mendapatkan buku ini

Kandungan buku merangkumi sebahagian besar urusan dan keperluan umat Islam di dunia dan di akhirat baik dari segi akidah, hukum, syariah, muamalah dan akhlak. Buku ini sangat popular dan diterima baik oleh seluruh umat muslim sehingga dijadikan rujukan dalam perbahasan ilmiah.

4. As-Syamail Al-Muhammadiah

Al-Syamail Al-Muhammadiah

Bagaimana kita ingin mengenali perihal dan peribadi Rasulullah sedangkan baginda Rasulullah s.a.w. tiada di sisi? Mustahil, sekiranya tiada catatan yang direkodkan mengenai baginda. Untungnya kita dibekalkan dengan Kitab As-Syamail Al-Muhammadiah.

Himpunan hadis-hadis oleh Imam At-Tirmidzi sekitar tahun ke 800 Masihi. Kitab ini diterjemah, ditahqiq dan disyarah oleh Muhammad Masnur Hamzah.

Klik di sini untuk mendapatkan buku ini

Selain daripada Bahasa Melayu, kitab ini turut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia termasuklah bahasa Inggeris, bahasa Indonesia dan Urdu. Buku yang mengandungi 56 bab utama ini disertakan dengan lebih kurang 399 riwayat hadis.

Antara perkara yang diperincikan dalam buku ini termasuklah tentang peribadi, penampilan, akhlak, harta, amalan dan kehidupan Rasulullah saw. Bermula dengan karakter fizikal sehingga bab akhirnya, tentang bab bermimpi melihat Rasulullah saw.

5. Tafsir Al-Azhar

Tafsir Al-Azhar Juzuk 2

Hamka, seorang ulama kelahiran Sumatera barat juga dikenali sebagai seorang tokoh dan penulis yang disegani. Tafsir Al-Azhar yang ditulisnya sewaktu dalam tahanan penjara ketika zaman pemerintahan Soekarno merupakan satu daripada karya ilmiah agungnya.

Klik di sini untuk mendapatkan kitab tafsir ini di Bookcafe

Diterbitkan pada tahun 1968 oleh Penerbitan Pembimbing Masa merangkumi juzuk 1 hingga juzuk 4 dan disemak sepenuhnya pada tahun 1979. Antara keistimewaan Tafsir al-Azhar adalah, HAMKA menulis menggunakan pendekatan yang mudah difahami oleh orang awam.

Pesta lelong Putrajaya

Metode Tahlili iaitu menganalisa ayat secara terperinci adalah satu daripada pendekatan yang digunakannya. Hamka juga menghindari perdebatan dalam perkara-perkara bersifat khilafiyah yang tidak perlu. Paling menarik ia ditulas dalam bahasa Melayu, mereka yang tidak memahami bahasa Arab juga mampu untuk menghadam isi kandungan tafsir ini.