Artikel

6 Sebab Anda Perlu Baca Novel Aristokra

oleh Masdalifadzlie M pada 04 Aug 2016

Nashan, sebuah negara kecil jauh ke utara Aurora, yang kini diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri dan Aristokra yang terakhir.

Daerah legenda dan mitos, paling gemilang antaranya adalah Spiara Bulwar, kisah epik yang menceritakan persahabatan pahlawan terbilang itu dengan Shilrung, serta pertarungan mereka menentang Krodra, gergasi samudera yang menggerunkan.

 

1. Permulaan Sebuah Kronika
Aristokra merupakan novel pertama dalam trilogi Kronika Nashan. Ia mengangkat genre epik fantasi yang setanding dengan novel-novel fantasi barat.

Novel Aristokra karya Ahmad Patria


2. Watak-Watak Yang Luar Biasa
Watak-watak utama ditonjolkan dengan cara yang sangat efisyen. Bukan sahaja Mori dan Melyn (hero dan heroin), tetapi juga Shirgen, Sursis, Merkia, Bulwar I, Bulwar II dan Shirlung, masing-masing mempunyai peranan, kekuatan dan karektor tersendiri. 

3. Plot & Teknik Penceritaan
Persembahan plot dari awal hingga akhir sangat kemas dan teratur. Teknik imbasan digunakan bagi mencantumkan tiga kisah, namun transisinya lancar dan cantik. Tidak  banyak penulis mampu melakukannya sebaik ini.

4. Bahasa Yang Indah
Aristokra ditulis menggunakan bahasa yang puitis, namun mudah dihadam dan tidak keterlaluan. Olahan bahasanya mampu menghadirkan visual penceritaan secara rinci dihadapan mata pembaca.

5. Imaginasi Aras Tinggi
Dunia Imagina yang menjadi latar tempat Aristokra ini dihiasi dengan wizra dan magis, perwira dan senjata mistik, juga monstra dan kreatura kolosal. Adunan elemen-elemen ini sangat mengujakan, seterusnya melontarkan pembaca ke sebuah dunia fantasi mengikut interpretasi tersendiri.

6. Tiga Dalam Satu
Kisah perang antara Nashan dan gerombolan reneger pimpinan Sursis merupakan tunjang penceritaan. Manakala kisah keperwiraan Bulwar I dan Bulwar II menjadi sisipan penting yang menerangkan asal-muasal senjata ioni, spiara. Ketiga-tiganya bisa digelar epik yang luar biasa.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024