Artikel
7 Teknik Menghafal Al-Quran Dengan Mudah dan Cepat
oleh Huzaifah Abd Jamil pada 22 Jun 2016
“Korban yang gugur pada perang Yamamah sangat banyak khususnya dari kalangan para penghafal Al-Quran, aku khuatir kejadian serupa akan menimpa para penghafal Al-Quran di beberapa tempat sehingga suatu saat tidak akan ada lagi sahabat yang hafal Al-Quran, menurutku sudah saatnya engkau wahai khalifah memerintahkan untuk mengumpulkan Al-Quran.”
“Bagaimana mungkin kita melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW?”
“Demi Allah, ini adalah sebuah kebaikan.”
Demikianlah antara sorotan dialog yang berlaku antara Saidina Umar Al-Khattab bersama Khalifah Islam yang pertama, Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
Ia sangat bersangkut-paut dengan naskah Al-Quran yang berada di tangan kita sekarang.
Andaikan sahaja, sekiranya Allah tidak mengilhamkan kepada Saidina Umar mengenai perkara ini, bagaimanalah agaknya kita membaca Al-Quran ya.
Mungkin secara Talaqqi Musyafahah (pengajian bersemuka melalui lisan semata-mata).
Berbahagialah mereka yang menghafal Al-Quran, kerana anda adalah penjaga kepada penulisan bahkan bacaannya.
Namun bagaimana bagi mereka yang belum menghafalnya?
“Saya tidak mampu menghafal, ustaz. Saya tidak mahir tajwid.”
Sebenarnya, menghafal Al-Quran bukanlah sesuatu yang sukar sebenarnya. Asal sahaja kena dengan cara dan gayanya, satu hari satu surah pun boleh.
Bagaimana mahu menghafal Al-Quran dengan cara yang paling senang? Ikuti teknik-teknik ini
-
Hafal 3 baris sahaja dalam satu hari
-
Ambil masa 30 Minit setiap hari untuk menghafal
-
Ulang hafal sebanyak 3 kali selepas selesai solat
-
Jadikan 5 hari dalam seminggu untuk menghafal
-
Jadikan 2 hari di hujung minggu sebagai hari mengulang
-
Fokus untuk kekal 4 muka surat sebulan
-
Bermula dengan menghafal ayat-ayat dari 10 surah popular terlebih dahulu
Teknik ini diambil dari buku Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril keluaran PTS yang ditulis oleh Ustaz Mohamad Asraff Ayob Al-Hafiz.
Semoga kita sama-sama berjaya menghafal.