Artikel

7 ‘Trick’ Rebut Buku-Buku Mahal Pada Harga RM1 Sahaja di Bookcafe

oleh Asri Yussof pada 24 Aug 2016

Dapat beli buku-buku baru pada harga yang sangat murah ketika promosi berlangsung adalah perkara yang sangat menggembirakan dalam hidup kita. Siapa yang tak nak buku baru kan?

Selepas kegawatan ekonomi dan kehadiran GST dalam kehidupan seharian kita, pembaca di Malaysia termasuk saya juga sudah mula membuat kira-kira setiap bulan yang mana lebih penting untuk membeli dan mana yang patut kita kemudiankan.

Sudah ramai yang menjadikan buku sebagai perkara yang patut dikemudiankan pada setiap bulan. Corak pembacaan dan pembelian buku setiap bulan kita sudah berubah.

Kita perlu menunggu pesta buku besar-besaran dianjurkan terlebih dahulu barulah kita mempunyai peluang untuk membeli buku-buku yang sudah kita ‘pause’ sebelum ini.

Dan selalunya pesta buku besar-besar tidak dianjurkan sebulan sekali, selalunya setahun sekali.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) hanya berlangsung sekali setahun pada bulan April atau Mei. Pesta Buku Selangor juga berlangsung sekali setahun yang baru sahaja melabuhkan tirai baru-baru ini.

Juga beberapa lagi pesta buku yag besar lain lagi juga dianjurkan dalam kekerapan yang sedikit.

Ini berita baik untuk anda. Saya baru sahaja ke website Bookcafe dan terbaca promosi FLASH MERDEKA SALE RM1 sempena bulan kemerdekaan untuk buku-buku terpilih yang mahal dijual pada harga RM 1 sahaja.

merdeka sale

Ramai yang bertanya bagaimana nak dapatkan buku-buku RM1 yang ditawarkan selepas membaca Ini Kenapa Anda Tidak Boleh Terlepas Membeli Buku Hamka Hanya RM 1.00 semalam.

Mari saya kongsikan 7 Trick untuk anda merebut buku-buku mahal dan buku yang baru ini dengan harga hanya RM1 di Bookcafe.

 

1.Subscribe Mailinglist Bookcafe

mailing

Menjadi subscriber & pelanggan yang istimewa tentu saja akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan buku-buku dengan harga RM1 berbanding pelanggan biasa.

Apa-apa sahaja makluman tentang harga runtuh dan flash sales RM1 akan dimaklumkan terlebih awal kepada subscriber terlebih dahulu.

Klik di sini untuk menjadi subscriber mailinglist Bookcafe.

 

2. Daftar Akaun di Bookcafe

daftar

Pendaftaran ini akan memudahkan proses pembelian anda di Bookcafe. Anda perlu mendaftar akaun Bookcafe anda sekarang supaya pada 25 Ogos dan 31 Ogos nanti tidak perlu lagi anda menghabiskan masa untuk mendaftar akaun baru.

Setiap saat bermula pukul 11 pagi dan 3 petang sangatlah berharga untuk anda merebut peluang membeli buku-buku yang ditawarkan dengan RM1.

Selepas daftar, kemas kini terus ruangan maklumat & alamat penghantaran anda. Masukkan maklumat lengkap sebelum pada hari Flash Sale diaktifkan.

Klik di sini untuk mendaftar akaun di Bookcafe

 

3. Buka Page Flash Sale Pada Tarikh & Waktu yang Betul

Flash merdeka sales

Merdeka Sales berlangsung bermula 22 Ogos sehingga 31 Ogos 2016 sahaja. Tetapi tawaran untuk buku-buku RM1 hanya ditawarkan pada dua tarikh sahaja.

Iaitu pada 25 Ogos 2016 dan 31 Ogos 2016 sahaja, dan hanya berlangsung pada pukul 11 pagi dan 3 petang sahaja. Anda tidak perlu untuk berjaga sampai tengah malam untuk merebut peluang buku RM1 ini.

Klik di sini untuk menjadi orang pertama membeli sempena Merdeka Sale dan membuat pilihan buku-buku yang anda mahukan.

 

4. Jangan Bertangguh Walaupun Sesaat, Refresh Sebaik Sahaja Tepat Pada Waktunya

5

Sebaiknya baca dan fahami terlebih dahulu terma & syarat yang ditetapkan oleh pihak Bookcafe untuk memudahkan anda membuat pembelian dan pembayaran.

Tawaran Flash Sale ini adalah berdasarkan produk dengan kuantiti, harga dan masa yang telah ditetapkan sahaja. Tawaran Flash Sale ini berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Biasanya stok produk hanya bertahan selama beberapa saat sahaja selepas jualan Flash Sale bermula.

Betul, beberapa saat sahaja. Saya pernah membelinya sebelum ini. Pembelian pertama saya pada pukul 11 gagal kerana berlengah-lengah. Tetapi pembeli saya pada pukul 3 petang berjaya kerana saya hanya lakukan pembelian dalam masa 1 minit sahaja. Alhamdulillah.

Klik di sini untuk memilih buku-buku yang anda inginkan dengan hanya RM 1 sahaja



5. Jangan Tamak, Pilih Buku Yang Anda Betul-Betul Inginkan Sahaja

buku2

Buku-buku yang ditawarkan hanya ada 8 buah sahaja. Untuk setiap judul, ada yang ditawarkan untuk 10 naskah atau 5 naskah sahaja. Berikut, buku-buku Flash sales RM 1:

  1. Tasawuf Moden, HAMKA (RM20)

  2. Falsafah Hidup, HAMKA (RM24)

  3. Mat Jenin Sebenarnya Hero, Saiful Nang (RM25)

  4. Ceritera Haji Wartawan Al-Quran, Ustaz Abdullah Bukhari, Dr. Abdul Basit (RM25)

  5. Tafsir Al-Azhar, HAMKA (RM85)

  6. Halal & Haram Dalam Islam, Dr. Yusuf Qaradhawi (RM100)

  7. Momen-Momen Matluthfi (RM25)

  8. 365 Tip Mendidik Anak Soleh & Solehah, Ustazah Isfadiah (RM18)

Jangan tamak. Pilih satu buku sahaja pada satu masa.

Sebagai contoh, pada pukul 11 pagi (25 Ogos 2016), dua tawaran Flash Sale dibuka serentak iaitu buku Tasawuf Moden & Falsafaha Hidup karangan HAMKA.

Kalau anda mahu klik & rebut kedua-dua buku serentak, pasti anda tidak akan berjaya mendapatkannya.

Selepas anda klik mana-mana buku yang anda inginkan, jangan terkejut jika harganya masih lagi ditulis dengan harga asal.

Ini kerana, flash sale akan bermula tepat-tepat mengikut tarikh dan masa yang sudah ditetapkan. Jadi selalu berjaga dengan masa, iaitu 25 Ogos dan 30 Ogos, pukul 11 pagi dan 3 petang.

 

6. Bayar dalam Masa 15 Minit

jam

Berjaya Add to cart tidak membawa maksud anda telah di reservekan stok produk yang anda pilih, pesanan Flash Sale hendaklah dibayar segera dalam masa 15 minit selepas pesanan dibuat.

Jika tiada pembayaran dalam tempoh tersebut, Bookcafe mempunyai hak untuk membatalkan pesanan tersebut dan membuka peluang kepada pelanggan lain membuat pesanan produk tersebut.

 

7. Cara Mendapatkan Buku Selepas Berjaya Membuat Pembelian

pilih buku

Ini jika anda berjaya memiliki buku dengan harga RM 1. Free Shipping bagi pesanan produk Flash Sale hanyalah bagi penghantaran secara Self-Pickup sahaja. Jadi anda perlu datang sendiri ke Bookcafe untuk mendapatkan buku anda.

Bagi kes pesanan berstatus Backordered atau Cancelled, ia bermakna anda gagal menjadi pembeli yang terpantas membuat pesanan produk Flash Sale.

Bookcafe akan memberi pilihan supaya anda memilih produk lain atau wang anda dikembalikan.

 

PANTANG LARANG FLASH SALE RM 1

Perlu saya ingatkan sekali lagi pantang larang sempena flash sale RM 1 ini:

  1. Pilih satu buku sahaja dalam satu-satu masa.

  2. Sekiranya bayaran tidak diterima dalam tempoh 15 minit, pihak Bookcafe berhak untuk membatalkan pesanan anda.

  3. Pembelian hanya sah menerusi website Bookcafe.com.my sahaja. Pembelian produk Flash Sale tidak boleh dilakukan melalui Whatsapp, Emel, Inbox Facebook. Tiada ‘PM’ yang akan dilayan.

 

Kepada anda yang masih lagi belum tahu, Bookcafe adalah platform membeli buku secara online yang menawarkan hampir kesemua buku-buku yang diterbitkan di Malaysia.

Pembelian diproses dengan mudah, penjimatan berganda dan buku sampai ke tangan anda dengan selamat.

Ok lah, dan panjang saya menulis ‘7 Trick’ ini untuk anda mendapatkan buku-buku yang mahal dengan harga RM 1. Sekarang check baki akaun di online banking dan bersedia di depan laptop esok pada 25 Ogos 2016 dan juga pada 30 ogos nanti, pukul 11 pagi dan 3 petang.

Pergi ke Bookcafe sekarang, klik di sini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024