78% Pembaca Malaysia Masih Berminat Buku Bercetak Berbanding E-Book

oleh Asri Yussof pada 11 Jul 2017

78% dari kalangan pembeli dan pembaca buku masih mahu kekal dengan buku bercetak pada tahun-tahun akan datang. Manakala, 22% lagi berminat dengan buku digital, e-book. Survey ini kami lakukan di semua media sosial PTS Media Group. Rata-rata memberi komen dan reaksi di facebook, instagram dan undian di twitter.

undi twitter

Walaupun sudah banyak saluran baru untuk memudahkan kita mendapatkan e-book, melalui Google Play Books, e-sentral.com, kakibuku.com, Book Capital dari Perbadanan Kota Buku, Lazada ebook atau meminjam dari elib Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Negeri, orang kita tetap mahukan buku yang bercetak.

ebook reading

Berbeza di Korea Selatan, pembaca di Korea sangat gemar membaca e-book akibat dari tempias populariti komik web. TaeWoo Kim, pengurus perniagaan Ridibooks berkata jualan e-book di Korea semakin meningkat kira-kira 25 peratus kepada 30 peratus setiap tahun. Baca lagi di sini.

Kami kongsikan beberapa pengguna media sosial yang memberi komen dan reaksi di facebook dan instagram di post survey e-book kami minggu lalu.

fb komen

Ini pula komen-komen pembaca di Instagram

ig komen