Artikel

8 Nasihat Mengenai Tudung yang #DEEP dan Perempuan Wajib Baca

oleh Siti Munira Abdul Rashid pada 16 Nov 2016

Pesanan: Hati cair dilarang membaca.

8 nasihat ini diambil dari buku Acah-Acah #Deep yang ditulis oleh, Shazreen Fazlynda

1. Kenyataan “Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.”

Kalau la ni dok trend pakai turban, lepas ni tukaq la pulak ke trend fesyen baldi kat kepala mahupun tudung salji di atas kepala

2. Bertudung tapi pakai ‘T-shirt’ berlengan pendek

Tak cukup dengan itu, ada lagi yang baju kurung terbelah kainnya. Singkatkan tudung sampai nampak dada, tak kisah menonjol atau tak.

Baju sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

Jangan lepas tu hingaq, “OMG laki tu tengok badan aku.”

Kau dah tayang free kan?

3. Bertudung, tapi longgar sampai nampak anak rambut atau pakai sanggul setinggi-tinggi Burj Khalifa

burj khalifa

4. Bertudung tapi dengan tudung yang nipis sampai boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk, dan dada

Umpama tak pakai tudung jugak sebab bagi gak nampak bayangan melalui tudung hang yang nipis tu.

5. Bertudung tapi tak menutup kaki (memakai stoking) dan pakai handsocks

Kaki dan lengan juga adalah aurat wanita. Ingat dik!

aurat

6.    Bertudung tapi pakai hiasan bling bling

kalau boleh pakai crown atau ribbon sebesar-besar alam, atau bunga matahari setepek kat kepala untuk menarik perhatian orang.

Lepas tu habaq “Aku kena segak, kena STAND OUT supaya crush aku nampak aku!”

Sila meninggal.

7. Bertudung, tapi menayangkan foto tidak bertudung di fb,ig,twitter

“Hello, aku masih pakai tudung di real life, okey! Kat facebook aku hot stuff!”

pensan mak.

8. Bertudung, tapi pakai mekap sampai ada penyapu di mata.

Nak tunjuk kat siapa, kak? Suami kat rumah ja. Tunjuk kat suami ja mekap berkilo-kilo tu.

Baru husband bertambah sayang.

buku

MENARIK: Acah-Acah #Deep Seperti Makan Popcorn dan Telan Cili

Klik di sini untuk membeli buku Acah-Acah #Deep

Hadis

“Aku perhati atau melihat dalam syurga, maka aku dapati kebanyakan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah, dan aku melihat di dalam neraka maka aku dapati kebanyakan penghuninya ialah golongan WANITA.” [hadis Riwayat Bukhari]

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024