9 Hingga 13 Oktober 2017 Tarikh Penting Untuk Shopping Buku Online di Bookcafe

oleh Bookcafe pada 05 Oct 2017

Kepada yang belum tahu lagi, #MYCYBERSALE merupakan satu acara online anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan sokongan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), CyberSecurityMalaysia dan SME Corp.

MYCYBERSALE

Seperti biasa, #MYCYBERSALE akan menawarkan pelbagai produk dengan diskaun-diskaun istimewa sehingga 90% potongan harga dan orang ramai boleh menjangkakan tawaran hebat dari Lazada, 11street, Zalora, Bookcafe, Agoda dan banyak lagi.

Bookcafe mempunyai lebih 70 ribu pelanggan berdaftar & sudah memproses hampir 100,000 order online sedang bersiap sedia untuk berperang dengan lebih laju dan tangkas bermula 9 hingga 13 Oktober 2017 ini sempena dengan #MYCYBERSALE

Bookcafe adalah anak syarikat PTS Media Group yang menawarkan lebih 5000 tajuk buku dari 150 penerbit buku tempatan dan antarabangsa dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk rakyat Singapura dan Brunei, mereka juga boleh membeli buku secara online dengan menggunakan mata wang masing-masing.

Apa yang menarik dari Bookcafe sempena #MYCYBERSALE pada tahun ini?

1. Jualan dua hari lebih awal kepada subscriber bookcafe sahaja

Pada tahun ini, Bookcafe akan memberikan peluang utama kepada semua pelanggan bookcafe. Bookcafe sudah mengumumkan di lawan mereka, bookcafe akan membuka akses DUA HARI LEBIH AWAL istimewa bagi subscriber Bookcafe.

Bookcafe #MYCYBERSALE

Tidak mahu terlepas peluang? Sila klik di sini untuk mendaftar sebagai subscriber bookcafe.

2. Kupon tambahan diskaun dan potongan harga

Bagi menghargai semua pelanggan setia bookcafe, mereka akan memberikan kupon diskaun tambahan 5%.

Bookcafe