Artikel

Membaca Perlu Menjadi Gaya Hidup Rakyat Malaysia - YB Datuk Ahmad Maslan

oleh Asri Yussof pada 20 Jan 2017

Selangor: Kedai Buku Bergerak PTS atau lebih dikenali dengan Booktruck PTS telah dirasmikan oleh YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di PTS Media Group, Batu Caves, Selangor semalam, 19 Januari 2017.

boktruck

YB Datuk Ahmad Maslan ketika memberikan ucapan semalam memberitahu idea seperti Booktruck PTS adalah satu idea yang kreatif yang telah dilaksanakan demi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk mendapatkan akses kepada buku.

Beliau berharap membaca ini menjadi gaya hidup rakyat Malaysia dan peluang ini perlulah diciptakan bermula melalui Booktruck PTS.

booktruck

Booktruck PTS sudah bermula sejak tahun lalu, 2016. Program Kembara Buku Bersama Booktruck PTS adalah satu gaya tarikan terbaru bagi menarik minat pelajar. Tagline Booktruck PTS adalah “Kami membawakan keselesaan membeli di kedai buku kepada anda.”

Selain menjual buku, kunjungan Booktruck PTS turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel penulisan asas 1, bengkel asas melukis komik, aktiviti mewarna dan melukis dan program bertemu penulis.

booktruck ke sekolah

Selaras dengan misi utama penubuhan PTS, iaitu memandaikan bangsa, PTS membawa pelbagai medium kepada pembaca untuk lebih mudah mendapatkan sumber bahan bacaan.

Jika ada pihak sekolah atau mana-mana organisasi yang berminat untuk menjemput Booktruck PTS, anda dialu-alukan menghubungi pegawai yang bertanggungjawab di talian 016-6611754 atau 03-61880316 atau boleh juga email kepada [email protected]

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024