Artikel

Agama Bukan Penggerak di Sebalik Keganasan

oleh Asri Yussof pada 01 Aug 2016

Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis, mengakui bahawa dunia tidak boleh mengaitkan Islam dengan keganasan, malah mengatakan bahawa ia boleh terjadi dalam mana-mana agama termasuk Katolik sendiri.

Baca berita penuh, Pope Francis akui tidak boleh kaitkan Islam dengan keganasan

“Saya tidak fikir ia tindakan yang betul untuk menyamakan Islam dengan keganasan,” tambah Pope.

Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi juga berpendapat dengan perkara yang sama, agar umat Islam memahami bahawa masyarakat bukan Islam (Kafir) bukan semuanya jahat, tulis beliau dalam bukunya Fatwa Kontemporari Jilid 3, Siri 2: Akidah dan Ibadah, terbitan PTS.

“Saya menyokong golongan Yahudi dan Kristian yang aman (yang tidak menentang Islam). Kita perlu bezakan antara kafir yang membawa kesejahteraan dan seorang kafir yang menentang dengan kekerasan.”

Baca Buku, Fatwa Kontemporari oleh Al-Qardhawi

Tonton, temubual Mehdi Hasan bersama Karen Armstrong: Adakah Agama Dipersalahkan atas Keganasan?

Allah menjelaskan perbezaan ini dalam Al-Quran, surah Al-Mumtahanah, ayat 8 hingga 9:

لَّا يَنۡهَٮٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَـٰتِلُوكُمۡ فِى ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَـٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡہِمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ (٨) إِنَّمَا يَنۡہَٮٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَـٰتَلُوكُمۡ فِى ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوڪُم مِّن دِيَـٰرِكُمۡ وَظَـٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡ‌ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (٩)

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu. Allah mengasihi orang yang berlaku adil.

Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu daripada kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) bagi mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024