Artikel

Hari Pertama PBKKL: Ain Maisarah Meriahkan Booth PTS

oleh Roziyah pada 22 Dec 2010


Penulis buku remaja paling popular PTS, Puan Ain Maisarah memeriahkan suasana Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur (PBBKL) 2010 dengan aktiviti yang menarik dan menghiburkan. 

Beliau yang mempromosikan siri Impiana berbesar hati beramah mesra bersama peminat-peminat beliau yang hadir di booth PTS. 

Selain mendapatkan tandatangan Ain Maisarah, peminat juga berkesempatan memenangi hadiah dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan. 

Selain kanak-kanak dan remaja, Ain Maisarah juga diminati oleh gologan dewasa yang sentiasa mengikuti perkembangan karya-karya beliau. 

Peminat berpeluang bertanyakan soalan kepada Ain Maisarah. Pengunjung yang hadir nyata terhibur dengan kehadiran penulis remaja popular ini. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024