Artikel

Akhirnya Saya Sedar, HAMKA Sudah Lama Bercakap Soal ‘Peribadi’

oleh Asri Yussof pada 09 Nov 2016

Sejak dari kecil, mak dan ayah selalu pesan,

“Kita buat baik kepada orang, orang akan buat baik kepada kita.”

Kita menurut dan sebolehnya mahu menjaga air muka keluarga kita. Maka kita turut ajaran yang baik itu.

kawan

Banyak pesan-pesan yang mempunyai makna yang sama - bercakap tentang peribadi. Ada yang satu ini, pesan dari orang cerdik pandai;

“Untuk melihat peribadi seseorang, tengoklah peribadi kawan-kawan sekelilingnya. Jika baik kawannya, maka baiklah ia.”

Juga pesan yang selalu kita pegang,

“Jika berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi maka wangilah yang kita akan dapat, jika berkawan dengan tukang besi, maka bau tengitlah yang akan terpalit kepada kita.”

minyak wangi

Sekali imbas, pesan-pesan ini begitu bermakna sekali untuk menjadikan peribadi seseorang insan itu kuat dan mulia.

Dalam mencari makna peribadi ini, kita sanggup mencari kata-kata dari para cerdik pandai yang bukan dalam kejiranan dengan kita, kerana kita yakin mereka lebih pandai, lebih kuat dan segala macam lebih. Sehingga kita menjadi orang dengan ‘Minda Tertawan.’

Kita mencari dari Jack Canfield, penulis buku The Power of Focus. Anthony Robbins, penulis buku Unlimited Power. Brian Tracy, penulis buku Create Your Own Future dan Ramai lagi tokoh-tokoh luar dari bukan kalangan kejiranan yang kita angkat, sehinggakan terlupa jiran kita tersangat dekat untuk kita belajar dari beliau.

Siapakah jiran kita?

Dialah, Buya HAMKA.

HAMKA menulis tentang PERIBADI sejak 1950 lagi, malah mungkin sejak sebelum itu lagi untuk menyampaikan fikirannya dan membentuk nilai insan di kehidupan ini. Beliau menulis;

“Dua puluh ekor kerbau pedati yang sama gemuk, sama kuat, dan sama pula kepandaiannya menghela pedati, tentu harganya tidak jauh berbeza. Akan tetapi, dua puluh orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama “harganya. Sebab bagi kerbau tubuhnya saja yang berharga. Bagi manusia adalah peribadinya.”

MENARIK: Saya Berubah 180 Darjah Selepas Mengenal HAMKA

MENARIK: HAMKA - Ulama Sang Pujangga

buku Peribadi

Klik di sini untuk membeli buku Peribadi karya HAMKA

MENARIK: HAMKA Bertanya - Adakah Kita Sudah Merdeka?

Mungkin saja kita boleh memberitahu tentang ‘peribadi’ orang itu orang ini. Tapi cakap kita itu tidak memberi apa-apa makna yang tepat tentang peribadi seseorang insan. Hamka menulis,

“Bukan pula hal yang mudah mengupas erti peribadi serta menunjukkannya. Ia termasuk perkara ghaib yang hanya dapat ditunjukkan bekasnya, tetapi tidak dapat diraba barangnya. Tidak berapa bezanya dengan listrik, aether, dan radio. Peribadi seseorang hanya dapat diketahui setelah melihat perjalanan hidupnya dan jejak usahanya.”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024