Artikel

Aktiviti Hari kedua PBKKL

oleh Roziyah pada 22 Dec 2010

Nantikan kemeriahan hari kedua Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur (PBKKL) 2010. Warga kerja PTS menyediakan aktiviti menarik pada hari kedua PBKKL berlangsung.

Bermula dari jam 11 pagi, TV9 akan mengadakan sesi rakaman bagi rancangan Usrah di booth PTS. Temui warga kerja TV9 di booth PTS esok. 

Kemudian, PTS Profesional membawakan penulis buku profesional, A. Razak Adam bagi bertemu dengan peminat-peminat buku profesional PTS. 

Tidak ketinggalan, PTS Litera Utama mengadakan sesi ramah mesra bersama penulis novel, Lily Haslina dan Rose Harissa. 

Selain itu, Kak Emila dan Puan Alia Nina yang menghasilkan ‘Big Book’ turut hadir bagi memeriahkan suasana.

 PTS juga menyediakan pelbagai hadiah menarik khas buat pengunjung PTS. 

PTS juga menyediakan hadiah menarik kepada 50 pembeli pertama buku-buku terbitan PTS. 

Jangan ketinggalan datang ke booth PTS bagi bertemu penulis kegemaran tuan dan puan selain membawa pulang buku-buku menarik terbitan PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024