Artikel

Aktiviti Hujung Minggu Bersama Penulis PTS

oleh Roziyah pada 23 Nov 2011

Sempena cuti sekolah ini, PTS menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi mengisi hujung minggu tuan dan puan seisi keluarga.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuklah pemainan interaktif, demo karikatur dan bertemu serta beramah mesra dengan penulis yang diminati. Selain itu, dalam program hujung minggu yang disediakan, tuan dan puan juga berpeluang mendapatkan tandatangan penulis dalam aktiviti hujung minggu yang disediakan ini.

Bermula di Johor pada 26 November ini, PTS membawakan penulis buku kanak-kanak PTS, Young Aisyah di Danga City Mall, Johor Bahru. Puan Saridah Hamid dan pelukis komik, Reja akan bersama memeriahkan hujung minggu tuan dan puan. Layari www.pts.com.my/aktiviti bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti.

Selain itu, penulis buku remaja yang popular dan dikenali ramai, Puan AinMaisarah turut mengadakan majlis Perjumpaan Tahunan Bersama Pembaca AinMaisarah bermula dari 26 November hingga 28 November 2011 ini. Temui AinMaisarah di Banglo Pink AinMaisarah, Lot 12, Persiaran Titiwangsa Kuala Lumpur. Layari www.pts.com.my/aktiviti bagi mendapatkan maklumat lanjut program AinMaisarah bertemu peminat.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024