Artikel

Amalan yang Menjamin Syurga

oleh Roziyah pada 11 Jan 2012

Aisyah menceritakan, Rasulullah berpesan,

 “Enam perkara, seorang Islam yang meninggal pada salah satu dari enam perkara ini, pasti mendapatkan hak jaminan atas Allah bagi memasukkannya ke dalam syurga: Seseorang keluar untuk berjihad. Siapa yang meninggal kerana mengharap keredaan-Nya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah. Seorang yang mengiringi jenazah, jika dia meninggal kerana mengharap keredaan-Nya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah. Seorang yang wuduk dan membaguskan wuduknya, kemudian pergi ke masjid untuk solat, jika dia meninggal kerana mengharap keredaan-Nya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah. Seorang berada di dalam rumahnya tidak mengumpat orang Islam dan tidak membangkitkan amarahnya, jika dia meninggal kerana mencari keredaan-Nya, maka hal itu merupakan jaminan atas Allah.”

 Abu Dzarr menceritakan, Rasulullah berpesan,

 “Senyummu di hadapan saudaramu, merupakan sedekah bagimu, perintahmu kepada yang makruf dan laranganmu dari yang mungkar merupakan sedekah. Petunjukmu kepada seseorang di tempat yang tersesat merupakan sedekah bagimu. Engkau menyingkirkan batu, duri dan tulang dari jalan merupakan sedekah bagimu. Engkau menuangkan air dari baldimu ke baldi saudaramu merupakan sedekah bagimu.”

Artikel dipetik daripada buku Khutbah Rasulullah hasil tulisan Tuan Rohidzir Rais

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024