Artikel

Anda Mahu Mempelajari Fizik Dengan Mudah?

oleh Izzati nadia Zi pada 23 May 2016

Acapkali kita sering ditakutkan dengan beberapa mata pelajaran yang menghantui para pelajar yang berada di tingkatan empat dan lima.

Mata pelajaran tersebut adalah mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia, dan Fizik. Saya pasti para pembaca pernah melalui fasa ini, bukan?

Memang tidak dinafikan bahawa tiga mata pelajaran ini sedikit susah untuk difahami. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang kurang meminati apa-apa yang berkaitan dengan sains dan nombor.

Jikalau ingin menguasai tiga subjek ini dengan hebat, para pelajar seharusnya bersedia lebih awal bagi memahami pelbagai formula dan asas mata pelajaran tersebut.

Namun begitu, dunia pendidikan masa kini sudah semakin maju selaras dengan pembangunan negara. Manusia kini semakin kreatif.

Malah, pakar psikologi dan para guru juga mencipta beberapa formula yang boleh membantu para pelajar bagi meminati subjek ini. Ia sekaligus mengurangkan kadar kegagalan tiga mata pelajaran ini.

Justeru itu, terhasillah komik Misi Fizik ini yang diterbitkan oleh Komik-M. Karya Afiq dan Nazry Salam ini sangat bermanfaat bagi membantu para pelajar yang mempunyai masalah dalam mempelajari subjek Fizik di sekolah.

Saya gerenti, komik ini mampu membuatkan anda memahami fizik dengan lebih baik dan mudah.

Para pembaca jangan tersalah sangka pula, ya. Komik ini bukan seperti buku rujukan lain yang hanya menerangkan formula dan beberapa contoh yang berkaitan dengan fizik.

Inilah uniknya komik-M. Hiburan akan dikaitkan dengan pendidikan dan kehidupan seharian supaya idea-idea penulis bukan sekadar karya picisan semata-mata, tetapi bagi membantu anak bangsa.


Misi Fizik adalah sebuah komik yang menerangkan anda tentang definisi ilmu fizik.

Asal-usul bagaimana ilmu fizik ini tercipta, dan apakah yang merangkumi dengan dunia fizik. Hakikatnya ilmu fizik yang kita pelajari selama ini berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.

Segala yang kita lakukan semuanya adalah fizik. Menarik, bukan?

Selain itu, bagi menarik perhatian para pembaca, penulis turut menyelitkan beberapa elemen emosi yang sering dihadapi oleh para pelajar.

Misalnya seperti tekanan seorang pelajar dalam mempelajari subjek yang tidak pernah difahaminya, isu sukan yang sering berkait dengan tubuh badan seseorang, dan isu kaedah pembelajaran berkesan.

Diharap dengan adanya komik ini dapat membantu dan memberi semangat kepada mereka yang mengalami masalah dalam pembelajaran masing-masing. Jadi, tunggu apa lagi? Segera dapatkan komik ini di mana-mana kedai buku yang berhampiran dengan anda.

Acapkali kita sering ditakutkan dengan beberapa mata pelajaran yang menghantui para pelajar yang berada di tingkatan empat dan lima. Mata pelajaran tersebut adalah mata pelajaran Matematik Tambahan, Kimia, dan Fizik. Saya pasti para pembaca pernah melalui fasa ini, bukan?


Memang tidak dinafikan bahawa tiga mata pelajaran ini sedikit susah untuk difahami. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang kurang meminati apa-apa yang berkaitan dengan sains dan nombor. Jikalau ingin menguasai tiga subjek ini dengan hebat, para pelajar seharusnya bersedia lebih awal bagi memahami pelbagai formula dan asas mata pelajaran tersebut.


Namun begitu, dunia pendidikan masa kini sudah semakin maju selaras dengan pembangunan negara. Manusia kini semakin kreatif. Malah, pakar psikologi dan para guru juga mencipta beberapa formula yang boleh membantu para pelajar bagi meminati subjek ini. Ia sekaligus mengurangkan kadar kegagalan tiga mata pelajaran ini.


Justeru itu, terhasillah komik Misi Fizik ini yang diterbitkan oleh Komik-M. Karya Afiq dan Nazry Salam ini sangat bermanfaat bagi membantu para pelajar yang mempunyai masalah dalam mempelajari subjek Fizik di sekolah. Saya gerenti, komik ini mampu membuatkan anda memahami fizik dengan lebih baik dan mudah.


Para pembaca jangan tersalah sangka pula, ya. Komik ini bukan seperti buku rujukan lain yang hanya menerangkan formula dan beberapa contoh yang berkaitan dengan fizik. Inilah uniknya komik-M. Hiburan akan dikaitkan dengan pendidikan dan kehidupan seharian supaya idea-idea penulis bukan sekadar karya picisan semata-mata, tetapi bagi membantu anak bangsa.



Misi Fizik adalah sebuah komik yang menerangkan anda tentang definisi ilmu fizik. Asal-usul bagaimana ilmu fizik ini tercipta, dan apakah yang merangkumi dengan dunia fizik. Hakikatnya ilmu fizik yang kita pelajari selama ini berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Segala yang kita lakukan semuanya adalah fizik. Menarik, bukan?


Selain itu, bagi menarik perhatian para pembaca, penulis turut menyelitkan beberapa elemen emosi yang sering dihadapi oleh para pelajar. Misalnya seperti tekanan seorang pelajar dalam mempelajari subjek yang tidak pernah difahaminya, isu sukan yang sering berkait dengan tubuh badan seseorang, dan isu kaedah pembelajaran berkesan.


Diharap dengan adanya komik ini dapat membantu dan memberi semangat kepada mereka yang mengalami masalah dalam pembelajaran masing-masing. Jadi, tunggu apa lagi? Segera dapatkan komik ini di mana-mana kedai buku yang berhampiran dengan anda.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024