Artikel

Anda Pasti Amalan Zikir Dan Doa Anda Selama Ini Sahih?

oleh Nor Fatin Amira Salleh pada 20 May 2016

Umat Islam pada masa kini sememangnya mudah mempercayai setiap perkara yang didengar dan dipelajari. Setiap perkara mudah diamalkan tanpa menyelidiki kesahihannya.

Amalan-amalan seharian seperti doa dan zikir senang diikuti tanpa meragui kebenarannya.

Adakah kita benar-benar yakin bahawa setiap amalan harian kita tidak ditokok tambah? Jikalau begitu, tidak wujudlah isu bid’ah dalam kalangan umat Islam.

Buku 69 Doa Dan Zikir Sahih ini karya Dr. Zaharuddin Abdul Rahman untuk mencerahkan ummat.

Buku ini mengandungi Zikir Umum, Doa-doa, Wirid Selepas Solat Fardhu, dan Doa dan Zikir Nabawi Waktu Pagi dan Petang. Kebanyakan doa dan zikir yang disebut turut disertakan rekod hadith. Ia sebagai panduan kepada pembaca bagi merujuk kesahihannya.

Bagi memudahkan pengguna juga, buku ini dihasilkan dalam bentuk yang kecil dan ringan. Hal ini akan memudahkan pembaca membawa nota kecil ini ke mana-mana sahaja.

Justeru, sekiranya pembaca tidak mengingati doa dan zikir yang terdapat dalam buku itu, mereka boleh membeleknya setiap masa.

Ini memudahkan pembaca mengamalkan setiap amalan tersebut setiap waktu yang dituntut berbanding dengan buku-buku yang tebal.

Doa dan zikir yang terpilih ini tidak terlalu memberatkan pembaca menghafal terlalu banyak amalan yang diamalkan Rasulullah s.a.w. Ia sesuai untuk mula mengamalkan amalan sahih yang diajar Rasulullah s.a.w. tanpa perlu mempertikaikan kebenarannya.

Semoga buku ini dapat membantu para pembaca khususnya umat Islam mengamalkan amalan yang mungkin kelihatan ringan, namun besar ganjarannya di sisi Allah s.w.t.


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024