Artikel

PTS Fortuna Cari Pelakon KKC

oleh Roziyah pada 17 Jun 2010

PTS Fortuna akan mengadakan program bersama peminatnya di Pesta Buku MPH, SACC Mall, Shah Alam 19 Jun ini.

Editor-editor PTS juga bakal mempromosikan novel Karipap-Karipap Cinta karya Tuan Nazri M. Annuar yang diulang cetak kali ketiga dalam tempoh sebulan. 

Menurut Tuan Syafiq Zulakifli, Editor Perolehan PTS Fortuna, Pre-ujibakat mencari pelakon juga akan diadakan bagi mencari pelakon filem Karipap-Karipap Cinta.

“Anda adalah pelakon KKC yang kami cari,” kata Tuan Syafiq.

Beliau berkata, pengunjung yang berjaya dalam ujibakat tersebut akan di bawa ke Cinematix, syarikat produksi pengarah tersohor, Tuan Hafsam.

Hadiah-hadiah menarik juga disediakan bagi pengunjung yang bertuah.

Beramai-ramai memeriahkan pesta buku MPH ini bersama dengan PTS Fortuna di ruang legar SACC Mall, Shah Alam pada 19 Jun ini dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024