Artikel

Apabila Kecantikan Merosakkan Alam

oleh Roziyah pada 13 Jan 2011

Artikel dipetik daripada buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit oleh Dr. Adi Hasman

Pernah kita terfikir minyak rambut yang digunakan sehari-hari demi mengemaskan penampilan kita mampu mencederakan langit? Beberapa produk teknologi moden seperti peti ais, alat penghawa dingin, termasuk beberapa jenis minyak rambut jenis penyembur mengandungi CFC iaitu Choloflorocarbon. CFC mampu merosakkan lapisan ozon.

Lapisan ozon adalah pelindung atmosfera bumi daripada radiasi sinaran matahari. Kerosakan lapisan ozon ini mampu menyebabkan malapetaka yang cukup dasyat bagi seluruh umat manusia. Jumlah radiasi yang sampai ke bumi mampu menyebabkan peningkatan insiden kanser kulit, katarak pada mata dan kelemahan sistem daya tahan tubuh. Menurut badan perlindung persekitaran (EPA), semenjak 1990, risiko terkena kanser kulit sudah bertambah dua kali. Sinar ultra ungu (UV) yang berlebihan juga mampu merosakkan tanaman yang sensetif, seperti sayuran kekacang dan mengurangkan hasil tanaman.

Kajian menunjukkan bahawa jumlah populasi plankton, iaitu haiwan halus yang menjadi asas rantai makanan di laut turut menurun akibat sinar UV yang berlebihan. Kemudiannya menyebabkan sumber makanan laut juga berkurangan secara drastik.

Memakai jilbab wanita bukan sahaja ‘ikutmencerdaskan bangsa’ seperti yang disebutkan di dalam pembukaan Undang-Undang Dasar 45, tetapi turut melindungi kaum lelaki daripada pandangan syahwat yang tidak terkawal. Namun daripada aspek yang lain, ternyata juga memiliki saham dalam melindungi lapisan ozon di langit dengan mengurangkan penggunaan bahan-bahan CFC.

Patut disesali apabila ada tokoh-tokoh yang berpengaruh dalam pengajian Quran memandang jilbab sebagai refleksi budaya Arab sahaja. Perintah Allah dalam surah an.Nur di atas bagi berjilbab bagi wanita Muslim sudah jelas. Bahkan surah an-Nur didahului penegasan yang berbunyi:

“Ini adalah surah Kami turunkan. Kami wajibkan hukum-hukumnya serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024