Apakah Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Oleh Jemaah Haji?

oleh Fathin Hani pada 01 Aug 2017

Haji merupakan ibadah yang sangat mulia, yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Oleh kerana itu, dalam melakukan haji, haruslah dilaksanakan dengan mencontohi cara Rasulullah saw. Allah berfirman:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا اللهَ وَالْيَوْمَ اْلأَخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا

“Sungguh telah ada pada Rasulullah suri tauladan yang terbaik bagi orang yang mengharapkan Allah dan hari akhir dan bagi orang yang banyak berzikir kepada Allah”.

 N

Ramai kaum Muslimin yang pergi menunaikan ibadah haji, namun mereka tidak memahami hukum-hakamnya, dan tidak mengetahui hal-hal yang boleh membatalkan ibadahnya, atau yang boleh mengurangi kesempurnaan hajinya.

Hal ini terjadi kerana haji merupakan ibadah yang pelaksanaannya memerlukan waktu yang lama, serta hukum-hukumnya lebih banyak jika dibandingkan dengan ibadah-ibadah yang lain. Sehingga boleh menyebabkan seseorang yang melaksanakan haji melakukan kesalahan dan dikenakan bayaran dam.

Antara kesalahan yang biasa dilakukan:

 Pada hari Arafah:

1) Melakukan Wuquf di luar sempadan Tanah Arafah.

Sempadan-sempadan Arafah ditandakan dengan jelas.

2) Meninggalkan Arafah sebelum matahari terbenam.

Ini tidak boleh dilakukan kerana ia mengikut ajaran Nabi saw.

Z

3) Berebut-rebut dan bertolak-tolakan untuk naik ke Bukit Arafah dan mengusap-ngusap tugu ataupun batu.

Perkara ini tidak ada dalam syariat.

4) Berdoa menghadap bukit atau yang biasanya disebut sebagai Jabal Rahmah.

Perkara yang disunatkan adalah berdoa menghadap kiblat.

Di Muzdalifah:

1) Sebahagian daripada jemaah haji melkukan solat maghrib dan isyak tanpa memastikan arah kiblat yang betul.

Solat seharusnya menghadap kiblat.

2) Sibuk memungut anak batu sebelum melaksanakan solat.

Anak batu boleh dipungut di Mina ataupun dimana-mana sahaja.

O

3) Bertolak dari Muzdalifah sebelum tengah malam dan tidak menginap.

Menginap di Muzdalifah adalah satu daripada kewajipan haji.

4) Tidak memastikan tempat di mana dia menginap itu berada dalam wilayah Muzdalifah.

Seluruh Muzdalifah adalah tempat bermalam, kecuali Wadi Muhassir.

5) Meninggalkan Muzdalifah secara tergesa-gesa.

Menurut sunnah,jemaah harus berjalan dengan tenang.

Dengan itu, setiap jemaah haji perlu bekalkan diri dengan ilmu agar bersedia melaksanakan ibadah haji supaya dapat menjalanai ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.

haji

Klik di sini untuk membeli buku ini di Bookcafe sempena promosi musim haji