Artikel

Asas-Asas Akidah : Ensiklomini Akidah untuk Kanak- kanak

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 03 Sep 2014

Untuk mengetahui asas-asas akidah, Ensiklomini Akidah untuk Kanak-Kanak dapat membantu para pembaca untuk belajar ilmu akidah dengan baik. Setiap perkataan dalam ilmu akidah seperti insan, taghut, zalim, kufur, luhmahfuz, khaliq, din, dan pelbagai lagi diterangkan definisinya serta contoh.

Dengan ilustrasi gambar yang menarik, kanak-kanak dapat mempelajari asas akidah dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Selain itu, huruf hijaiah dan perkataan jawi bagi kosa kata juga dimuatkan dalam buku ini bagi memberi pemahaman yang lebih jelas kepada pembaca. Kosa kata terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, tulisan jawi, dan bahasa Arab.

Para pembaca dapat menambahkan pengetahuan tentang Islam dengan memiliki buku ini. Dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran anda atau secara online di www.bookcafe.com.my.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024