Artikel

Ayuh, Audit Diri: #PROFMUHAYA

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 20 May 2015

“Kurangkan berfikir apa yang orang kata, banyakkan berfikir apa yang Allah mahu
daripada kita.”

“Orang yang bahagia adalah orang yang suka melihat orang lain bahagia.”

Indah bukan kata-katanya?

Itu baru dua, daripada banyak lagi kata-kata yang seumpama. Sekiranya selama ini kita mendengar sahaja nasihat-nasihat Prof. Muhaya di kaca televisyen, kini kita berpeluang membacanya dalam buku pula.

Uniknya buku #ProfMuhaya ini bukan sahaja kerana ‘layout’nya yang warna-wani.

Bahkan kerana status-status yang dimuatkan ini dipilih terlebih dahulu, maka koleksi kata-katanya terdiri daripada poin-poin yang mantap.

Isi-isi yang ada waktunya membuatkan kita tersentap.

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian. Ada bahagian yang menyentuh soal peranan akhlak dalam mengubah diri dan orang sekeliling.

Ada bahagian yang menyentuh soal paling sinonim dengan Prof Muhaya: Berfikir secara positif.

Dan ada pula bahagian yang mengemukakan soal jawab bersama Prof. berkenaan topik-topik yang selalu bermain dalam diri.

Maka, dengan harga hanya RM13 sahaja, siapa tidak beli untuk koleksi, dia yang rugi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024