Artikel

Baca @ Ramadan: Motivasi Gaya Rasulullah

oleh Abdul Hakim Khairuddin pada 05 Jul 2012

Sudah menjadi adat kebiasaan, tindak tanduk seseorang itu dipengaruhi atau mempengaruhi orang lain. Namun, ianya tidak sama sekali salah di sisi Islam. Akan tetapi, ianya boleh diikuti asalkan tidak melanggar batasan syariat Islam.

Rasulullah merupakan insan paling sempurna. Keperibadian yang mulia, tutur kata yang jujur lagi lemah lembut membuatkan masyarakat ketika itu senang berdampingan bersama baginda.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud, Demi sesungguhnya untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk mereka yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, serta mereka pula menyebut dan mengigati Allah dengan banyaknya pada masa susah dan senang.

Rasulullah juga merupakan pakar rujukan dan motivator teragung sepanjang zaman. Baginda banyak meninggalkan bekalan-bekalan agung untuk diwarisi oleh umatnya.

Buku Motivasi Gaya Rasulullah terbitan PTS Millenia karya Mohd Khairul Nizam ini banyak menceritakan cara dan gaya terhebat Rasulullah dalam memberi tunjuk ajar kepada sahabat baginda dan untuk umat Islam keseluruhannya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024