Artikel

Baharuddin Bekri Meriahkan Seronoknya Cuti dengan Siri Mat Despatch

oleh Zikri Musa pada 12 Dec 2012

Penulis prolifik, Baharuddin Bekri memeriahkan Seronoknya Cuti! dengan menampilkan siri Mat Despatch khas kepada kawan-kawan semua. Melalui Seronoknya Pelit Mat Despatch, kawan-kawan dapat mengenali kesemua pelit Diari Mat Despatch. Antara judul-judul yang sudah terbit adalah Diari Mat Despatch, Diari Mat Despatch: Lelaki Baik, Diari Mat Despatch: Hati Emak, Diari Mat Despatch: Patah Hati, dan Diari Mat Despatch: Naluri Ayah.

Novel ini mengisahkan Idlan Rayyan (bukan nama sebenar) yang berhadapan dengan kesukaran hidup. Idlan mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi tetapi hanya bekerja sebagai mat dispatch. Dia juga mencuba nasib menjadi editor freelance di sebuah syarikat penerbitan. Jadi, pelbagai cabaran dan konflik muncul dalam usahanya mengejar cita-cita dia.

Dalam edisi Lelaki Baik, Idlan menulis diari kerana merasakan ia boleh melegakan perasaan dan membuatkan dia tenang. Selain itu, Idlan juga cuba mencari definisi berkenaan lelaki baik. Bagaimanakah lelaki itu dikatakan lelaki baik?

Seterusnya, bagi edisi Hati Emak, Idlan terpaksa pulang ke kampung mewakili keluarganya pada hari pertunangan sepupu rapatnya. Walaubagaimanapun, tarikh pemilihan bagi menjadi editor sambilan juga jatuh pada hari yang sama. Apakah yang Idlan akan lakukan? Cubalah teka.

Edisi Patah Hati pula lain ceritanya. Ia berkisah tentang sepupu Idlan, seorang lelaki kacak yang patah semangat. Ibunya meminta Idlan memulihkan semangat sepupunya itu. Selain itu, ia juga berkisar tentang gadis-gadis cantik di sekitar hidup Idlan. Walaupun kisahnya huru-hara, banyak pengajaran yang Idlan peroleh daripada mereka.

Akhir sekali ialah edisi Naluri Ayah. Buku ini menceritakan bapa Idlan melawatnya di Kuala Lumpur secara tiba-tiba. Semuanya bermula apabila ayah Idlan yang bermulut sinis kagum dengan orang yang berkerja di pejabat. Dari kehidupan yang tenang, hidup Idlan menjadi huru hara. Jadi bagaimana kisahnya? Semuanya sudah ditulis dalam Diari Mat Despatch edisi Naluri Ayah!

Dapatkan segera kesemua buku karya Baharuddin Bekri ini di kedai buku berhampiran. Selain itu kawan-kawan juga boleh layari www.bookcafe.com.my bagi pembelian online.

Kemudian, jangan lupa juga mengambil gambar bersama buku ini dan sertai zoom@PTS. Pastinya kita berpeluang menangi hadiah-hadiah menarik. Hanya layari suka.pts.com.my!   

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024