Artikel

Bahasa Melayu Tinggi - bahasa intelektual

oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan pada 22 Apr 2012

Berikut ucapan Profesor Emeritus Abdullah Hassan ketika Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-51, di Zenith Hotel, Kuantan pada 13 April 2012.

Pesan Saya kepada 1,500 orang pengetua, demi mengisi Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu ... fokus kita adalah Bahasa Melayu. 

Langkah pertama kita adalah supaya kita menggunakan Bahasa Melayu Tinggi kerana itulah bahasa intelektual dan bahasa budaya tinggi. Tidak ada peradaban didokong oleh bahasa neka rendah.

Bahasa yang kita tuturkan dan tuliskan, hendaklah betul dan rapi tatabahasanya, sebutannya, ejaannya, dan kosa katanya. Bahasa kita juga mesti berbudi bahasa yang melincirkan iklim komunikasi, dll.

Ingatlah, anak-anak kita belajar bahasa yang baik itu daripada bahasa yang mereka baca, dan bahasa yang mereka dengar. Oleh sebab itu kita mesti menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Dalam hal pengisiannya, dibicarakan betapa pentingnya buku ilmu dan pengetahuan. Bacaan buku sastera sahaja menyebabkan kita tidak menjadi seimbang. Dan teknologi itu terbina atas ilmu dan maklumat.

Betapa pentingnya juga kita memberi perhatian kepada pengisian Bahasa Melayu itu dengan ilmu juga. Dan dalam kekurangan orang pandai bagi menuliskan buku ilmu, kita mesti menterjemah sebanyak yang diperlukan.

Betapa perlunya kita membina pengisian yang dapat menggantikan jagoh yang mereka puja sama ada dalam sukan, dongeng ... Kita perlu ada Super Safee menggantikan David Beckham, Ultra Qalif menggantikan Ultraman, Usop Sontorian ... dan seterusnya. Kita perlu ada AinMaisarah menggantikan Enid Blighton ... Kita mesti ada Empat Puteri menggantikan Snow White and the Seven Dwarfs ...

Seperti yang berlaku di negara Australia dan Amerika Syarikat, pengisian bahan sastera kanak-kanak menunjukkan ada korelasinya dengan kreativiti di negara itu pada tahun-tahun berikutnya ...

Kerja kita banyak, tanggungjawab kita berat, merekayasa transformasi pendidikan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024