Artikel

BB1M: 36 Cawangan Mydin di Seluruh Semenanjung Malaysia

oleh Amirah pada 04 Mar 2013

Berita gembira dan mengujakan untuk semua pelajar institusi pengajian tinggi awam, swasta, dan pelajar tingakatan enam. Pengedar terbesar dan pesaing dalam produk ‘halal’ negara, Mydin kini bekerjasama dengan salah sebuah penerbit buku Bahasa Melayu terbesar, PTS Media Group dalam program Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M).

 

Mydin menerusi 36 cawangan pasaraya di seluruh Semenanjung Malaysia menerima BB1M bagi setiap pembelian buku. Selain itu, pasaraya ini juga menyediakan tawaran istimewa iaitu Kupon Meriah MYDIN apabila pembeli membelanjakan baucar buku mereka. Antara 36 cawangan Mydin yang terlibat dalam kerjasama ini adalah:

 

 

 

Tempoh sah pembelian menggunakan BB1M ini sehingga 31 Mei 2013 dan tertakluk pada syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

 

Bagi tawaran Kupon Meriah Mania Mydin, para pembeli boleh melayari http://www.mydin.com.my/mydin/meriah-loyalty bagi maklumat lanjut.

 

Jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan buku-buku terbaru dan terlaris keluaran PTS Media Group dalam pasaran. Anda juga dapat berbelanja sambil menikmati tawaran hebat daripada pasaraya borong gergasi ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024