Artikel

Berfikir dan Bertindak Secara Efisien: The Art of Thinking Clearly (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 24 Mar 2015

Adakah kita sering: 1) Tersilap langkah dalam mengatur hidup? 2) Melabur masa terhadap perkara yang memang jelas-jelas tidak berbaloi? 3) Terus-menerus melakukan perkara yang kita pun tahu akan memberi kesan negatif?

 Juga: Adakah kita tertanya-tanya sama ada kita ini terlalu mudah terpengaruh dengan pendapat pakar-pakar, pembaca berita, orang yang cantik dan hensem, kelompok di sekeliling, mahupun hampir setiap orang yang tahu bermulut manis?

Sekiranya ya, inilah bukunya. Buku yang mampu menjawab dan menyelesaikan persoalan-persoalan di atas.

Bahkan apabila dilihat situasi-situasi itu, manusia mana yang mampu terlepas daripada melakukan kesilapan begitu? Hampir setiap daripada kita, pasti akan terjebak dalam salah satu situasi ini, bila-bila masa sahaja.

The Art of Thinking Clearly bukanlah buku motivasi ataupun buku self-help biasa. Mudah, jelas, dan sering kali mengejutkan, buku ini mampu mengubah cara kita berfikir.

Lebih daripada itu, naskhah ini akan mengubah cara kita membuat keputusan- sama ada di rumah, pejabat, ataupun di mana-mana sahaja ataupun bila-bila masa yang diperlukan.

Dengan menggunakan 99 bab pendek, The Art of Thinking Clearly mendedahkan kesilapan yang paling sering dilakukan manusia dan cara mengatasinya.

Inilah masanya bagi merampas kembali keupayaan berfikir untuk diri sendiri, dan menentukan nasib kita, tanpa perlu campur tangan pihak ketiga.


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024