Artikel

Berita Baik Kepada Pelajar Fizik, Komik Ini Membantu Anda

oleh Mohd Asyrafie Bin Sani pada 16 Aug 2016

Komik Siri Misi kembali lagi. Apakah #thenextmisi didalam komik Misi Fizik?

Komik Misi Fizik ibarat secebis buku teks sekolah. Merangkumi formula-formula subjek fizik yang biasa kita lihat. Mungkin sebab itu komik misi fizik ini susah untuk dipahami,

Namun kita pasti boleh kuasainya andai kita tidak sekadar membaca dan menghafal isi kandungan komik misi fizik ini.

Ambil buku dan pen/pensil, catatkan apa-apa sahaja yang kita kurang paham dan cuba bertanya kepada yang pakar (ibubapa, abang, kakak, adik, kawan-kawan, guru-guru, fizi, Zahid, prof. afkar atau diri sendiri).

Komik ini berbeza dengan komik siri misi sebelum ini yang mana komik misi fizik lebih tertumpu pada bidang akademik agar pembaca mudah memahami ilmu dalam bentuk komik.

“JANGAN ANGGAP FIZIK ITU SUSAH. SAMA SEPERTI

JANGAN ANGGAP UNTUK JADI KURUS ITU SUSAH”

Mengisahkan mengenai nuke yang lemah dalam sukan ingin menjadi kurus. Pertemuan dengan fizi mengubah tangapan nuke mengenai bidang fizik yang dipelajarinya di sekolah.

Memahami fizik bukan sesuatu yang mudah, ia perlu dipelajari dengan cara yang betul bukan sekadar menghafal apa yang terdapat pada buku teks.

Turut memuatkan nota-nota ringkas untuk membantu pembaca memahami apa itu fizik dan istilah-istilah fizik asas. Sangat membantu untuk belajar fizik.

Adik-adik yang baru kenal ilmu fizik amat digalakkan untuk membaca dan memahami intipati komik ini. Sebuah komik (high level?).

Lukisan pada komik misi fizik nampak berbeza (mungkin disebabkan pelukis lain yang hadir untuk memberi kelainan?).

Jalan cerita untuk komik misi fizik ini pula lebih menarik dan mencabar buat pembaca, kerana di samping hiburan sukan softball yang ditunjukkan ia turut disertai dengan ilmu fizik yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Ingin belajar ilmu fizik asas dengan mudah dan menarik? Dapatkan Komik Misi Fizik di kedai buku berhampiran sekarang. Ya SEKARANG!!!

*Reviu untuk komik Misi Fizik amat sukar untuk saya karang, mungkin kerana kurang ilmu fizik didalam diri.

Namun kerana ingin membantu para pembaca memahami dan seterusnya mendalami pesanan “TIM MISI” melalui komik akedemik mereka yang pertama: “MISI FIZIK”, ia harus ditulis juga.

Mungkin sekecil ayat mampu membuka mata dan minda pembaca untuk menjadikan ilmu itu satu keperluan hidup bukannya sekadar kehendak untuk mencapai kejayaan.

ORANG BERILMU SATU KEJAYAAN!!!

Maaf andai ada silap sepanjang menulis reviu Komik Misi Fizik yang sangat hebat dan padat dengan ilmu yang saya kurang mahir ini.

Kalau kita tidak memahami sesuatu, bagaimana kita hendak sampaikan kepada orang lain? Nanti kita hanya berikan ilmu yang salah.

Menulis reviu ini pun sama, kena paham apa itu fizik yang diceritakan didalam komik misi fizik baru boleh karang ayat untuk membantu pembaca memahami komik (high level?) ini.

Setelah lebih 1 jam memahami komik & fizik, barulah saya berkesempatan untuk menulis (menaip) reviu untuk komik misi fizik ini. Satu pengalaman yang mencabar!!! (walaupun hanya sekadar menulis reviu komik)

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024