Artikel

Berkomunikasi Menurut Hikmah Islam: Tak Kenal Maka Tak Cinta

oleh Muhamad Syarafuddin Sulaiman pada 09 Apr 2014

Kata William Shakespeare, “Ada apa pada nama? Sekiranya kita namakan bunga ros yang kita kenal itu dengan nama yang lain, wanginya kekal serupa.”

William Shakespeare tidak pernah membaca buku Tak Kenal Maka Tak Cinta. Tetapi kata-kata Shakespeare boleh digunakan dalam menerangkan komik Ustaz Hasrizal ini.

Bahan yang baik, akan ada kesannya, walau dalam apa bentuk sekalipun. Komik ini dihasilkan untuk memberi lebih. Ia bukan dilukis dengan agak-agak.

Setiap mimik yang diperhalusi, setiap perkataan yang dipilih, dan setiap perincian yang ditonjolkan, ada maknanya. Tak Kenal Maka Tak Cinta nampak nipis. Ia nampak seperti boleh diselesaikan dalam 10 minit. 

Bahkan ya. Memang kita boleh selesaikan buku ini dalam 10 minit. Kita juga boleh memilih untuk merenung kata-kata yang dipilih secara mendalam dan benar-benar memerhatikan ilustrasi yang tergambar.

Kini, Tak Kenal Maka Tak Cinta sudah menjadi bahan untuk memanfaatkan 10 jam. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024