Artikel

Big Bad Wolf Kegembiraan Untuk Semua Pembaca Buku

oleh Abdullah pada 12 Dec 2017

Hari ini sudah masuk hari ke-5 pameran dan jualan buku terbesar Big Bad Wolf (BBW) yang diadakan setiap tahun di MIECC, The Mines, Seri Kembangan Selangor. Sebanyak 4.5 juta buku berbahasa Inggeris, Melayu dan Cina yang ditawarkan menjadi sebahagian daripada daya tarikan untuk anda berkunjung ke sini.

Buku Fizik PTS

Rata-rata dalam kalangan peminat dan pembaca buku di Malaysia tidak akan melepaskan peluang selama 11 hari BBW yang akan berlangsung sehingga 18 disember ini untuk memborong buku-buku yang berkualiti dengan harga yang murah.

Selama 257 jam tanpa henti untuk anda berbelanja dan menyertai aktiviti pameran di MIECC The Mines.

Seperti acara BBW sebelum ini, anda akan menikmati diskaun untuk semua buku dari 75% hingga 95%. Untuk memudahkan proses pembelian, anda boleh membayar secara tunai, kad kredit atau melalui vCash menggunakan telefon pintar mereka.

“Sebagai peruncit buku utama di Malaysia, misi kami sentiasa menawarkan buku hebat pada harga yang berpatutan untuk mempromosikan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia,” kata Andrew Yap, Pengarah Urusan BookXcess, penganjur acara BBW. “Sangat menggembirakan untuk melihat kejayaan misi kami semakin meningkat setiap tahun apabila lebih banyak pengunjung datang ke acara BBW tahunan.”

Big Bad Wolf

Tahun ini merupakan tahun kedua BBW bekerjasama dengan penerbit-penerbit lokal untuk mempamerkan buku-buku dalam bahasa melayu dan dijual dengan tawaran diskaun sehingga 95% kepada semua pengunjung. Langkah ini dilihat berjaya untuk menarik pembaca-pembaca membeli buku-buku bahasa Melayu di sini.

Tafsir Al-Azhar PTS

Big Bad Wolf adalah pameran buku tahunan yang menawarkan buku-buku baru dengan tawaran diskaun sehingga 95%. Banyak permainan dan aktiviti yang menyeronokkan, dan pelbagai pilihan makanan dan minuman.

Matlamat utama pameran buku BBW  ini untuk menggalakkan orang ramai dari semua peringkat usia untuk mengetahui kegembiraan membaca dengan harga yang dicemburui. Fair ini menampilkan pemilihan buku terluas di semua genre yang meliputi tajuk fiksyen dan bukan fiksyen, serta koleksi buku kanak-kanak yang luas.

Buku PTS

Penjualan Buku Big Bad Wolf telah bertapak di Kuala Lumpur sejak tahun 2009. Penjualan Buku BBW ini juga telah memperluas jejaknya di seluruh bandar di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Sri Lanka.

Untuk membantu menyebarkan berita tentang pameran BBW, dan membolehkan mereka yang masih belum mengalami kegembiraan untuk hadir ke BBW, anda digalakkan berkongsi pengalaman membeli-belah, gambar dan video di Facebook, Instagram dan twitter dengan menggunakan hashtag #ReadAndGetBadder #BBW

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024