Artikel

Bookcafe Tawar Diskaun Menarik Buat Pemegang Baucar Buku IPT

oleh Roziyah pada 11 Jan 2012

Bagi memberi semangat membaca kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), pelajar Politeknik dan pelajar tingkatan 6 yang memiliki baucar buku 1Malaysia, PTS Bookcafe Sdn Bhd menawarkan diskaun hebat bagi pembelian terus di kedai buku PTS itu.

Lebih mengujakan, PTS Bookcafe menawarkan diskaun sehingga 20 peratus bagi semua buku terbitan PTS. Tawaran istimewa ini dibuka khas bagi pembelian RM125 dan ke atas.

Dapatkan pelbagai buku PTS yang penuh ilmu dan menghiburkan mahasiswa istimewa di Bookcafe PTS.

Tuan dan puan boleh terus mendapatkan buku-buku terbaik PTS di Bookcafe PTS yang terletak di No 12, Jalan Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor. Mohon hubungi bookcafe di [email protected] atau terus hubungi di talian 0361880316.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024