Artikel

Bookcafe.com.my antara TOP 10 SMEs BY LOCAL GMV terima lawatan YB Datuk Ahmad Maslan

oleh Asri Yussof pada 20 Jan 2017

Selangor: Industri e-Commerce di Malaysia bukan lagi sebuah industri yang kecil. Industri ini memberi banyak pilihan kepada rakyat Malaysia untuk membeli barang secara online dengan lebih mudah dan cepat.

Bookcafe.com.my adalah anak syarikat PTS Media Group yang menawarkan lebih 5000 tajuk buku dari 150 penerbit buku tempatan dan luar negara dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Buku-buku di Bookcafe juga boleh dibeli menggunakan mata wang Singapura Dollar dan Ringgit Brunei bagi peminat buku dari kedua-dua negara ini.

Lawatan rasmi oleh Yang Berhormat Datuk Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia ke Bookcafe semalam bertujuan untuk melihat sendiri realiti pengurusan penjualan buku secara online melalui industri e-Commerce yang dijalankan oleh Bookcafe.com.my.

bookcafe

Turut hadir dalam lawatan rasmi semalam adalah Tuan Rizal Naini (Timbalan Ketua Eksekutif 1, SME Corp) dan Puan Mimi Razidah Abdul Razak (Pengarah Komunikasi Strategik, SME Corp).

SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) adalah sebuah Agensi Penyelarasan Pusat di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang merangka dasar keseluruhan dan strategi untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan menyelaras pelaksanaan program pembangunan PKS di semua Kementerian berkaitan dan Agensi.

lawatan

Dalam sesi lawatan rasmi YB Datuk Ahmad Maslan semalam, Tuan Hairul Faizal Adli, CEO Bookcafe memberitahu jualan industri e-commerce di Bookcafe  telah meningkat sebanyak 200%.

Pada tahun 2015 jumlah jualan di Bookcafe adalah sebanyak 1 juta manakala pada tahun 2016 sebanyak 2.7 juta.

Bookcafe telah tersenarai sebagai TOP 10 SMEs BY LOCAL GMV sempena #MYCyberSALE yang diadakan pada 26-30 September 2016 tahun lalu.

hairul

#MYCyberSALE adalah acara Jualan Online Malaysia yang terbesar yang mengumpulkan e-tailers popular Malaysia yang menjual pada tempoh yang sama.

Dalam tempoh 3 hari berlangsungnya acara #MYCyberSALE pada tahun lalu, Bookcafe berjaya pulih sebanyak 50%.

bokcafe

Tuan Hairul memberitahu dalam Buku UNBOXING ECOMMERCE ENTREPRENEURS,

With this 3-days SOP (Standard Operating rocedure), we manage to recover 50% of the abandoned cart dan orders. Not only this helps to close more sale, more importantly, we get to know why customers do not complete the order so that we can always improve.

buku

#MYCyberSALE dianjurkan oleh Malaysia Ekonomi Digital Corporation (MDEC) dan disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Cyber Security Malaysia dan SME Corp. Malaysia, Kementerian kesihatan dan MATRADE.

mycyber sale

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024