Artikel

Borak Buku Bersama Dato’ Baha Zain

oleh Roziyah pada 29 Dec 2011

Borak Buku istimewa hujung tahun ini membawakan tokoh hebat, Dato’ Baha Zain. Selain terkenal sebagai penulis dan penggiat sastera tempatan, Dato’ Baha Zain juga merupakan penerima anugerah Tokoh PENA sempena 50 tahun PENA baru-baru ini.

Sebagai maklumat, borak buku merupakan program umum bagi menemukan antara penulis dengan peminat serta penggiat buku tempatan. Program borak buku yang diadakan secara santai. Peserta berpeluang sama memberi pandangan dan pendapat mengenai isu yang akan dibicarakan dalam borak buku ini.

Dato’ Baha Zain memilih buku Right, Freedoms and Civil Society tulisan KJ Ratnam. Sertai borak buku pada 31 Disember ini bermula dengan 3.30 hingga jam 5 petang di The Coffee Beans, KL Sentral.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024