Cara Berkesan Mendidik Anak Tanpa Perlu Menghukum Dengan Kekerasan

oleh Abdullah pada 23 Feb 2017

Apabila soalan ini timbul dalam kumpulan, kami selalu bertanya, “Mengapa? Mengapa kita menghukum?” Berikut adalah antara jawapan yang diberikan oleh ibu bapa.

“Sekiranya kita tidak menghukum anak, mereka menjadi lebih teruk dan naik lemak.”

“Kalau saya tidak menghukum, bagaimana anak saya tahu yang dia buat salah dan berjanji tidak melakukannya lagi?”

“Saya hukum anak saya sebab itu sahaja cara yang dia faham.”

Dan apabila diminta supaya ibu bapa ingat kembali peraasaan mereka apabila mereka didenda, kamu mendapat maklumat berikut:

“Saya pernah benci pada ibu saya. Saya fikir, ‘Ibu saya macam raksasa.’ Dan kemudian saya rasa begitu bersalah.”

Saya pernah berangan yang saya jatuh sakit, biar ibu dan ayah saya rasa menyesal buat begitu pada saya.”

“Saya ingat lagi saya terfikir, ‘Ibu dan ayah memang kejam. Siap mereka. Esok saya mahu buat lagi, cuma yang pasti saya tidak tertangkap.”

Lebih banyak ibu bapa ini berkongsi, lebih banyak yang mereka sedari betapa hukuman ini berisiko mendatangkan rasa benci, dendam, ingkar, bersalah, ketidakjujuran, dan kasihan pada diri. Walau bagaimanapun, mereka tetap berasa bimbang.

“Kalau saya tidak menghukum, bukankah saya menjadikan anak saya besar kepala?”

“Saya takut hilang kunci terakhir untuk saya mengawal mereka. Nanti saya langsung tidak ada kuasa.”

buku

Klik di sini untuk membeli di Bookcafe.com.my

Kami bertanyakan Dr. Ginott, Pada tahap mana yang membolehkan kita menghukum anak yang mengabaikan dan melanggar arahan kita? Bukankah sepatutnya perlu ada akibat untuk anak yang berkelakuan tidak baik?”

Beliau menjawab, seorang anak memang ‘perlu’ mendapat balasan daripada kelakuan mereka yang tidak baik, namun bukan melalui hukuman. Beliau merasakan, tidak ada ruang untuk hukuman dalam hubungan yang penuh dengan kasih sayang.

Tambah beliau lagi, Kaedah menghukum anak ini sebenarnya tidak berfungsi. Kaedah ini sekadar mengalihkan perhatian. Anak hanya asyik berangan memikirkan cara untuk mereka membalas dendam, berbanding menyesali perbuatan mereka dan berfikir bagaimana untuk mereka berubah.

Dalam erti kata lain, dengan menghukum anak, kita sebenarnya menafikan proses dalaman yang paling penting untuk anak itu, dalam menghadapi kelakuan tidak baik mereka sendiri.

Mari kita saksikan antara cara mendidik anak dengan tepat tanpa menanam rasa benci dan dendam anak kepada kita.

1

2

3

4

5

*Nota Editor: Artikel ini disalin dari buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk. Buku ini ditulis oleh Adele Faber & Elaine Mazlish dan telah terjual melebihi 3 juta di Amerika. Kedua-dua penulis berguru dengan mendiang Dr. Haim Ginott seorang pakar psikologi kanak-kanak dan mereka juga adalah bekas ahli fakulti New Scholl for Social Research di New York dan Family Life Institute di University Long Island.