Artikel

Cerita dari Hati : Hidup Penuh Erti

oleh Nur Inah Asngat pada 11 Mar 2014

Hidup Penuh Erti adalah sebuah buku yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Penulisan mudah difahami dan praktikal.

Penulis secara tidak langsung mengajak pembaca untuk lebih menghargai penghidupan seharian dengan lebih teratur berlandaskan al quran dan sunnah.

Matlamat hidup bukan hanya berlandaskan wang semata-mata tetapi lebih dari itu iaitu kehidupan manusia di akhirat kelak.

Setiap apa yang kita lakukan hari ini menggambarkan penghidupan kita pada hari akhirat nanti.

Ideologi yang di utarakan oleh penulis adalah mudah iaitu dekat dengan aktiviti seharian kita.

Namun begitu, kadangkala manusia memandang mudah hal-hal yang sedemikian. Salah satunya ialah cinta yang sepatutnya manusia cari.

Di zaman yang moden ini, ramai yang sibuk mencari cinta sesama manusia sedangkan cinta yang sepatutnya kita cari ialah cinta Ilahi.

Cinta sesama manusia itu akan hadir selepas kita bangkitkan cinta kepada Ilahi.

Di samping itu, ada juga di kongsikan cerita tentang kegagalan dalam hidup. Setiap manusia akan berhadapan dengan kegagalan.

Namun begitu, kegagalan itu bukan untuk selamanya sebaliknya kita perlu bangkit dan mengubah kegagalan tersebut dengan kejayaan.

Begitu juga sesetengah anak muda sekarang yang terlalu emosi jika gagal dalam keputusan peperiksaan.

Sedangkan keputusan peperiksaan tersebut bukanlah kayu pengukur kejayaan manusia selamanya. Semuanya berbalik kepada pencipta.

Kegagalan kita pada hari ini adalah persediaan utk diri kita untuk menempuh hari esok. Penulisan mudah difahami dan praktikal.

Penulis secara tidak langsung mengajak pembaca untuk lebih menghargai penghidupan seharian dengan lebih teratur berlandaskan al quran dan sunnah.

Matlamat hidup bukan hanya berlandaskan wang semata-mata tetapi lebih dari itu iaitu kehidupan manusia di akhirat kelak.

Setiap apa yang kita lakukan hari ini menggambarkan penghidupan kita pada hari akhirat nanti.

Ideologi yang di utarakan oleh penulis adalah mudah iaitu dekat dengan aktiviti seharian kita.

Namun begitu, kadangkala manusia memandang mudah hal-hal yang sedemikian. Salah satunya ialah cinta yang sepatutnya manusia cari.

Di zaman yang moden ini, ramai yang sibuk mencari cinta sesama manusia sedangkan cinta yang sepatutnya kita cari ialah cinta Ilahi.

Cinta sesama manusia itu akan hadir selepas kita bangkitkan cinta kepada Ilahi.

Di samping itu, ada juga di kongsikan cerita tentang kegagalan dalam hidup. Setiap manusia akan berhadapan dengan kegagalan.

Namun begitu, kegagalan itu bukan untuk selamanya sebaliknya kita perlu bangkit dan mengubah kegagalan tersebut dengan kejayaan.

Begitu juga sesetengah anak muda sekarang yang terlalu emosi jika gagal dalam keputusan peperiksaan.

Sedangkan keputusan peperiksaan tersebut bukanlah kayu pengukur kejayaan manusia selamanya.

Semuanya berbalik kepada pencipta. Kegagalan kita pada hari ini adalah persediaan utk diri kita untuk menempuh hari esok.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024