Artikel

Cerita Menarik Untuk Kanak-Kanak Islam: Kisah-Kisah Daripada Al-Quran dan Hadis #1

oleh Siti Zulaikha Zaherman pada 13 Oct 2015

PTS Junior kali ini telah mengeluarkan siri Bedtime Stories Kisah-Kisah Daripada Al-quran dan Hadis yang sesuai untuk dijadikan bahan bacaan kanak-kanak sebelum tidur. Bahan bacaan ini sesuai untuk kanak-kanak Islam era ini bagi menambah ilmu pengetahuan agama. Buku ini juga boleh dijadikan teladan bagi orang dewasa.

 Selain menambah kecintaan kepada para rasul, bahan bacaan ini juga membuatkan para pembaca cinta kepada agama. Konsep bahan bacaan sebelum tidur ini juga dipenuhi dengan ilustrasi menarik dan berwarna-warni; mudah dan sesuai untuk difahami kanak-kanak.

Tambahan pula, bahan bacaan ini  diselitkan dengan ayat-ayat sumber dari Al-quran dan hadis. Sekaligus boleh menambah pengetahuan dan minat kanak-kanak untuk mendalami kalam Allah.

Kesimpulannya, semoga para pelapis generasi ini dapat memperoleh pelbagai manfaat dari siri baru yang sangat berpotensi untuk membantu perkembangan diri kanak-kanak Islam. Dalam bahasa mudah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024