Artikel

Cinta : Tiket Untuk Bahagia

oleh Roziyah pada 20 May 2014

Seorang bijak pandai pernah berkata kepad saya, “Sekiranya kamu naik kereta api mewah dengan segala-galanya mahal tetapi dengan tiket yang salah, kamu akan sampai pada tempat yang salah.”

Mendengarkan kata-kata bijak pandai itu, saya hanya ketawa. Ini kerana, bijak pandai itu juga yang cuba meraih cinta saya. Sayangnya, kata-kata sahaja tidak cukup. Waktu itu, dengan umur saya yang baru mencecah angka 20-an, saya langsung tidak memandang dia kerana wajahnya yang tidak komersial. 

Saya pula sebaliknya. Dengan wajah persisi model, tidak sukar untuk saya mendapatkan ramai lelaki yang sanggup bertekuk lutut di hadapan saya. Tetapi, itu semua tidak menjadikan saya perempuan yang hilang moral. Saya tetap memilih dan mencari lelaki yang sesuai bagi memenuhi ruang hati. 

Saya mahukan lelaki yang sempurna. Kacak, berpendidikan tinggi, mampu menyara saya, beriman dan paling utama setia kepada saya seorang. Saya yakin dengan diri saya ini, saya akan menemukan lelaki begitu. Sukar memang sukar, tetapi Jika kita berusaha, tidak ada perkara yang sukar. 

(Petikan buku Cinta : Inspirasi Cinta Dunia Glamor) 

Dapatkan buku ini bagi membaca lanjut kisah ‘Tiket untuk Bahagia’ di http://pts.com.my/

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024