Artikel

Detik Bah Kuning: I Need A Helicopter, My Patient Is Dying!: Episod Cemas Banjir Besar 2014

oleh Noor Hidaya Arshad pada 02 Jun 2015

Tragedi banjir besar yang telah menggemparkan negara pada tahun 2014 meninggalkan parut yang dalam kepada mangsa yang terlibat.

Musibah ini digambarkan umpama tsunami kecil.

Jantung sentiasa berdegup pantas tatkala menelusuri naskhah ini. Detik-detik cemas ketika air banjir mula naik sehingga ia mengganas diceritakan dengan begitu terperinci.

Kita dapat merasai situasi penuh debar itu dengan sendirinya.

Kehidupan sebagai seorang doktor tidak mudah. Lebih-lebih lagi di saat musibah sedang melanda. Ujian datang dari pelbagai arah.

Daripada kes-kes kecemasan yang mencabar ketangkasan berfikir seorang doktor ke ujian untuk mendapatkan bantuan segera.

Coretan karya Dr. Afiq ini membuka mata kita tentang betapa pentingnya kerjasama antara pelbagai pihak.

Betapa pentingnya memberi keutamaan kepada kerja menyelamatkan nyawa manusia daripada perkara-perkara lain.

Pengajaran lain yang dapat diperolehi ialah kekuatan kuasa Allah s.w.t mustahil dapat ditandingi oleh mana-mana makhluk.

Selain itu, kebergantungan tinggi kepada Allah s.w.t akan membuat seseorang itu memandang musibah itu sebagai satu cara Tuhan meningkatkan keimanan mereka.

Untuk mereka yang inginkan kisah-kisah sebenar banjir terburuk negara ini, naskhah ini adalah pilihan terbaik.

Bersedia untuk meneroka detik kelam bah kuning.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024