Artikel

Direktori Kedai-kedai E-book Seluruh Malaysia Ini Pasti Membantu Anda

oleh Arief Hakim Sani Rahmat pada 09 Jul 2015

Pada masa sekarang, ada beberapa kedai e-book (dipanggil juga portal e-book) untuk pengguna di Malaysia. Kedai e-book yang saya senaraikan ini menggunakan sistem keselamatan DRM (Digital Right Management) untuk melindungi e-book yang dijual daripada ancaman cetak rompak.

Kedai-kedai e-book masa kini juga menggunakan sistem ‘Cloud Library’. Ini bermakna, semua buku yang anda beli disimpan dalam Cloud, dan boleh diakses menggunakan beberapa peranti secara serentak. Contohnya, pengguna boleh membaca di smartphone (guna App), tablet (guna App) dan pada computer ataupun laptop (guna Browser) pada masa yang sama. 

Cloud akan membuat sync kepada  semua peranti-peranti anda.

Kebaikan utama sistem Cloud adalah seperti berikut:

a) Anda hanya perlu pegang maklumat Username ataupun Password akaun anda sendiri. Jika anda tukar telefon, atau tablet - boleh login terus kepada akaun Cloud Library anda. Buku akan ikut ke peranti baru. Konsep yang sama seperti Gmail atau Yahoomail atau Facebook anda.
  
b) Cloud akan buat Sync. Anda tahu mana buku yang anda sudah baca/belum baca, muka surat mana berhenti, mana buku yang baru dibeli - pada mana-mana peranti yang anda login.

c) Anda boleh baca secara Offline menggunakan App. Sangat penting jika anda dalam perjalanan, dalam kapal terbang atau tempat-tempat yang tidak ada talian internet.

d) Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit, atau kad debit.  

 Apa kedai ebook utama yang ada untuk pengguna Malaysia?

Nota : Ini hanya catatan pendek dan tidak komprehensif. Senarai penerbit e-book di setiap kedai akan bertambah dari masa ke semasa. Kedai ebook juga akan menawarkan feature baru dalam App mereka dengan setiap update. 


1. E-Sentral
Alamat : https://www.e-sentral.com/
Beli : gunakan laman web mereka. 
Baca : Menggunakan App untuk ios, Android dan juga boleh baca guna Browser. 
Profil : Syarikat tempatan yang paling besar, dan paling banyak tajuk tempatan didalam sistem mereka. E-sentral berpejabat di Cyberjaya. Setakat ini, hampir semua penerbit utama ebook tempatan ada menawarkan buku mereka di e-sentral. E-Sentral juga satu-satunya syarikat tempatan yang menawarkan sistem Digital Library dengan koleksi ebook tempatan yang komprehensif.

2. Kakibuku

Alamat : http://www.kakibuku.my/ 
Beli : Guna laman web mereka.
Baca : Menggunakan App untuk ios, Android
Profil : Pemain baru yang menjual ebook tempatan. Setakat ini hanya e-book dari PTS, Fixi dan Pelangi yang dijual disini. Tetapi, orang-orang penting di dalam syarikat ini ialah orang lama dalam industri teknologi tempatan dengan produk yang sudah dikenali umum.

3. Celcom Bachabooku
Alamat : http://bachabooku.com/
Beli : Guna laman web mereka.
Baca : Menggunakan App untuk ios, Android
Profil : Perkhidmatan dari Celcom. Menariknya pengguna boleh bayar ebook menggunakan bil telefon mereka. Selain dari ebook, Bachabooku juga menawarkan emagazine dari Karangkraf. Penerbit yang ada menawarkan e-book ialah Karangkraf, Fixi dan PTS.

4. Google Play Books
Alamat : https://play.google.com/store/books?hl=en
Beli : Guna laman web Google Play atau melalui in-app purchase di ‘Play’ di Android.
Baca : Menggunakan App untuk ios, Android
Profil : Servis dari gergasi teknologi. App sudah terbina dalam semua peranti Android. Pengguna ios boleh download App untuk membaca (baca sahaja, tidak boleh guna untuk beli). Sudah ramai juga penerbit tempatan yang menjual ebook mereka melalui Google Play. 

5. Kobo
Untuk buku luar negara dengan fokus bahasa Inggeris setakat ini. Belum menawarkan buku tempatan dalam bahasa Melayu.

6. Karangkraf E-mall.
Menjual e-magazine dan ebook dari Karangkraf sahaja. 

Semoga nota-nota pendek ini membantu pembaca ebook. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024