Artikel

Dr. Farid Ravi Terbit Buku Baru - Ustaz Apa Hukumnya?

oleh PTS pada 07 Jul 2017

Dr. Hj. Mohd Farid Ravi Abdullah atau lebih mesra dipanggil Ustaz Farid Ravi, kini telah menerbitkan sebuah buku baru, Ustaz Apa Hukumnya, yang menjawab persoalan-persoalan mengenai Ibadah.

Beliau dalam prakata buku tersebut menulis, setiap orang Islam perlu mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam agama. Maksudnya dalam Islam ada halal dan haram, wajib dan sunat, serta harus dan makruh. Untuk mengetahui semua itu, seorang Muslim wajib menuntut ilmu supaya dia tahu apa yang dia buat.

Beliau berpendapat buku yang baru sahaja diterbitkan ini yang menghimpunkan jawapan bagi soalan-soalan lazim yang dikemukakan dapat membantu para pencinta ilmu, lebih-lebih lagi mereka yang ingin mencari jawapan bagi soalan yang barangkali ada jawapannya di dalam buku ini.

Dr. Farid Ravi yang berasal dari Kg. Sg. Choh, Rawang, Selangor mendapat lulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Al alBayt, Jordan. Master khusus dalam al-Quran dan PhD dalam bidang Tafsir dan Ulum al-Quran daripada University of Jordan.

Buku Ustaz Apa Hukumnya? - Menjawab Persoalan Ibadah membincangkan mengenai persoalan berkaitan Al-Quran, Solat, Puasa, Zakat, Haji, Akikah dan Korban. Dijual dengan harga hanya RM18.00 dan RM20.00 untuk sabah dan sarawak. Klik di sini untuk mendapatkannya dengan lebih cepat.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024