Artikel

Drama Melayu PERLU LOGIK Guna Alat Perubatan - Dr. Khairul Hafidz

oleh Dr. Khairul Hafidz pada 21 Feb 2017

Saya banyak menerima komentar tentang penggunaan alat perubatan dan terma medikal. Saya perhatikan, banyak kesalahan prosedur dan alatan serta bahasa dalam drama di Malaysia.

a

Perlu faham bahawa pengaruh media dan drama sangat kuat dalam kalangan masyarakat, dan itu yang bahaya. Orang ramai secara tidak sedar akan pecaya yang mereka lihat, dan akhirnya menjadi kesukaran buat staf kesihatan mengubah persepsi masyarakat.

Pengarah drama dan filem perlu lebih teliti dan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran.

Saya fikir perlu ada kerjasama antara staf perubatan dengan orang drama/filem supaya kesalahan ini tidak berulang lagi. Biar belanja lebih, asalkan filem dan kita terjaga dan mempunyai kualiti yang setimpal.

s

Penggunaan alatan perubatan dalam drama dan filem sebenarnya tidak terlalu sukar. Bagi saya apa yang penting adalah biar nampak logik.

Contohnya, cervical collar dipakai di leher untuk pesakit trauma yang baru sahaja kemalangan jalan raya. Pesakit mengalami kecederaan kepala, dan kita takut pesakit mengalami kecederaan di bahagian tulang leher (cervical injury). Janganlah kita pakai cervical collar itu di bahagian muka. Daripada bentuk sahaja pun kita tahu ia direka khas untuk bahagian leher.

f

Benar, bajet drama dan filem tidak banyak, tetapi dengan saranan pakar ataupun sedikit ilmu, segala peralatan dan prosedur dapt kita sesuaikan dengan scene drama ataupun filem dan bajet yang tersedia.

Yang penting, biar nampak logik.

*Nota Editor, Buku pertama Dr. Khairul Hafidz iaitu Pena & Picagari akan diadakan Majlis Pelancaran & Forum pada 25 Februari 2017 di Sunway Putra Mall (Level 5) sempena MABOPA Bookfest. Semua pembaca dijemput hadir. Ada hadiah 5 buah buku percuma bersama tote bag untuk mereka yang hadir ke Majlis Pelancaran ini nanti.

pena & picagari

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024