Artikel

Dunia Bola Milik Semua: Aku, Kau & Bola: Piala Dunia

oleh Aminah Harun pada 26 Jun 2014

Sudah tentu anda tidak percaya bahawa sukan bola sepak bukan sahaja mempengaruhi peminat sukan dunia, malah ia juga melibatkan kehidupan kita semua. Dapatkan buku Aku,Kau & Bola : Piala Dunia bagi menjawab persoalan ini.

Koleksi terbaru dari Komik-M ini mengandungi pelbagai cerita menarik seperti Misi Piala Dunia, Perlawanan Akhir Itu, Dinda Kanda Piala Dunia, CR7 Ku Sayang, Vamos Argentina, dan pelbagai cerita menakjubkan lagi.

Bagi para remaja yang ingin menghilangkan tekanan dalam pembelajaran amat sesuai mendapatkan buku ini kerana penulisannya yang bebas dan santai.

Setiap cerita yang terdapat di dalam komik ini mengisahkan bagaimana peminat bola sepak piala dunia mempengaruhi kehidupan manusia disekelilingnya. Tambahan pula, koleksi cerita yang lucu juga diselitkan dengan unsur nasihat yang memberi manfaat kepada para pembaca

Ilustrasi dari artis-artis Komik-M yang kreatif juga menarik minat para remaja bagi menyemarakkan lagi budaya membaca. Karakter yang ditonjolkan dalam buku ini mempunyai nilai-nilai murni yang tersendiri.

Anda juga boleh mendapatkan buku Aku,Kau & Bola: Piala Dunia ini secara online di www.bookcafe.com.my dengan harga yang berpatutan. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024