Fahaman Mahkamah Syariah - Islam dan Mahkamah Sivil - Kafir, Boleh Menjahanamkan Negara - Dr. MAZA

oleh Asri Yussof pada 14 Apr 2017

Dr. Mohd Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr. Maza dalam ceramahnya yang dimuatnaik oleh PROmediaTAJDID pada 12 April 2017 yang lalu, beliau mengulas tentang fahaman yang membezakan antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil seperti Islam vs Kafir.

Kata beliau dalam ceramah tersebut, “Seakan -akan mahkamah syariah itu mahkamah Islam sementara mahkamah sivil itu mahkamah kafir. Fahaman ini jika tidak dibendung akan menjahanamkan negara pada masa yang panjang.”

LAW

Tambah beliau lagi, lebih 90 perkara dalam menentukan perkara undang-undang, Islam menyerahkan kepada takzir.

Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis tetapi ditentukan oleh pihak pemerintah.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, tambah beliau, Seperti undang-undang jalan raya, ada perbezaan Islam atau bukan Islam jugak ke? Tak ada.

Adakah mahkamah sivil yang menguruskan undang-undang siapa yang langgar lampu merah dikenakan hukuman, siapa yang bawak laju dikenakan hukuman. Adakah perkara ini bertentangan dengan Islam? Adakah itu mahkamah kafir? Tidak.

Dr. Maza juga ada menulis dalam bukunya, Travelog Minda Tajdid tentang bahayanya berfikiran jumud.

“Manusia yang buruk dalam masyarakat ini adalah mereka yang menghalang pemikiran kedua, ketiga, dan seterusnya dalam perkara-perkara yang dibolehkan berbeza pendapat”

travelog

MENARIK: Kenapa Sepanjang Sejarah, Politikus & Agamawan Takutkan Buku?

Klik di sini untuk membeli buku ini dengan harga diskaun

Tulis beliau lagi, jangan kuasa agama itu digunakan bagi menghalang orang lain memberi pendapat. Sehingga akhirnya muncul aliran liberal yang melampau.

Dr. Maza sekarang adalah Mufti Negeri Perlis. Malah sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 sehingga 30 November 2008. Berasal daripada Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Buku beliau yang menarik perhatian adalah Fitnah Terhadap Para Sahabat Rasulullah saw.